KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dirawat oleh 'doktor gigi' untuk membaiki 'taring' agensi antarabangsa itu agar ia boleh kembali menggigit dan menjalankan fungsi dengan lebih berkesan.
Pandangan tersebut disuarakan bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr. Hans-Christof Von Sponeck yang menegaskan PBB memerlukan reformasi struktur asas dan sistematik.
Justeru, beliau sangat berharap Malaysia akan memainkan peranan ketika Sidang Kemuncak berhubung Masa Depan PBB yang dijadual pada 22 dan 23 September depan.
"Harapan saya bukan sahaja Kementerian Luar Malaysia, tetapi anda mempunyai kelayakan luar biasa di dunia dengan gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih teratur berbanding negara saya sendiri.
"Anda mempunyai sebuah gabungan di Gaza, sebagai contoh, yang cuba untuk secara bersama-sama membuat cadangan. Resolusi yang diluluskan baru-baru ini adalah satu contoh dan saya ingin mengulanginya iaitu Malaysia tidak sepatutnya hanya bercakap kepada dirinya sendiri (dalam negara).
"Sebaliknya, Malaysia perlu melangkaui sempadan negara dan memastikan mesej itu didengari (di peringkat global)," katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru 'Menjahanamkan Zionisme!' yang disiarkan pada Khamis malam.
Mengulas lanjut, Von Sponeck berkata gabungan-gabungan yang disertai Malaysia disifatkan sebagai mempunyai satu kedudukan yang sangat sihat dan mampu menyumbang kepada reformasi PBB.
Jelas beliau lagi, PBB sepatutnya menjadi tempat untuk bertindak dan menyelesaikan masalah mengikut mandat mereka tetapi malangnya ia tidak berlaku disebabkan tiada kemahuan politik.
'Israel kejam, orang Yahudi tidak boleh diam!'
Sementara itu, Neturei Karta, Rabbi Yisroel Dovid Weiss berpandangan kekejaman yang berlaku terhadap rakyat Palestin tidak boleh didiamkan begitu sahaja, hanya kerana seseorang itu adalah Yahudi.
Beliau menegaskan tindakan mengambil rumah, tempat tinggal serta pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza sememangnya perbuatan jenayah.
"Beraninya mereka mengatakan bahawa semasa kami tinggal bersama (umat Islam), masyarakat Yahudi telah tinggal selama ratusan tahun di Baitulmaqdis.
"Jadi dengan jelas seperti yang saya katakan, Yahudi yang takut kepada Tuhan dan umat Islam yang tinggal di halaman yang sama.... kini tiba-tiba anda menuduh orang Islam bahawa mereka membenci Yahudi dan mereka tidak mahu kami," ujarnya.
'Gerakan BDS menentang diskriminasi kaum'
Dalam pada itu, Pengerusi Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) Malaysia, Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail pula menegaskan gerakan itu tidak menentang Yahudi sebaliknya segala bentuk diskriminasi kaum.
Jelas beliau, apa yang dilakukan oleh mereka adalah memboikot Israel atau syarikat-syarikat yang bersubahat dengan jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis.
Katanya, pihaknya mempunyai kumpulan penyelidik yang mengkaji syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel dan menyeru orang ramai memberi fokus kepada syarikat berkenaan agar mereka takut untuk bersubahat.
"... dan ia ada hasil, contohnya hanya lima tahun kami berkempen menentang Puma kerana tindakan syarikat itu bersubahat. Mereka adalah penaja Persatuan Bola Sepak Israel, yang mempunyai kelab di wilayah yang diduduki, dan ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
"Puma telah mengumumkan bahawa mereka tidak memperbaharui kontraknya dengan situasi Persatuan Bola Sepak Israel. Mereka mengumumkannya sebelum Krismas tahun lalu kerana mereka kerugian jualan," ujar beliau.
Astro Awani
Thu Jul 25 2024
Dr. Hans-Christof Von Sponeck (kiri) menegaskan PBB memerlukan reformasi struktur asas dan sistematik - Gambar Astro AWANI
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kesatuan Wartawan Palestin lancar kempen #WomenJournalistsWartime
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dihadapi wanita Palestin.