Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan kejayaan taikun tersohor Robert Kuok sebagai seorang usahawan adalah satu cerita kejayaan Malaysia dan menjadi inspirasi kepada golongan usahawan untuk menempa kejayaan.
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, Najib mengambil contoh kejayaan pengasas Kuok Group tersebut dalam menjadi individu terkaya di Malaysia, sebagai seorang yang rajin, berdisiplin dan tekun bekerja mengecapi kejayaannya setelah mendapat peluang untuk memonopoli perniagaan beras dan gula daripada Kerajaan suatu ketika dahulu.
Menurut Tengku Sariffuddin, PM Najib menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh 'Raja Gula Malaysia' tersebut dalam menghargai setiap peluang yang diberi kepadanya selain mengiktiraf sumbangan yang dibuat masyarakat Malaysia dalam pembangunan negara.
"Usaha baik Kuok dalam menghargai pemimpin Malaysia sepanjang hidup dan sanggup melakukan apa sahaja yang mampu untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat negara ini," kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
"Perdana Menteri menyatakan bahawa dasar-dasar Kerajaan merupakan kunci yang telah membuka peluang di dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan yang membolehkan individu mencapai kejayaan.
Menurut forbes.com/malaysia Kuok dicatatkan sebagai individu yang mempunyai aset kekayaan ketika dengan nilai AS$10 bilion (RM40.8 bilion).
Setakat ini, Kuok masih mengekalkan kedudukannya ketika kebanyakan aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kenyataan Media
Tue Feb 27 2018
Menurut Najib, usaha baik Kuok (gambar) dalam menghargai pemimpin Malaysia sepanjang hidup dan sanggup melakukan apa sahaja yang mampu untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat negara ini harus dicontohi. - Gambar fail
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Presiden baharu Lubnan gesa dasar pertahanan menyeluruh, dialog dengan Syria
Joseph Aoun ajak semua pihak bincang dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
Tawaran persefahaman rentas parti demi rakyat dan negara - Gerakan
Apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara
Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .
Hanya pihak terdesak, terancam persoal status pendaftaran PN - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan pihak yang masih mempersoalkan status pendaftarannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.
COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyarakat setempat.
Semakin ramai ingkar PKP? Ini lima tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
Seramai 88 individu ditahan, empat daripadanya direman manakala selebihnya dikenakan tindakan kompaun selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tidak patuh SOP PKP: 24 premis perniagaan, dua tapak binaan diberi amaran
24 premis perniagaan dan dua tapak binaan diberi amaran selepas didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pemeriksaan khas pada Selasa.
Lima tumpuan dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
178 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu. Jumlah itu semakin meningkat berbanding beberapa hari lalu.
186 individu ditahan ingkar arahan PKP - Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 186 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan
GBC Wibawa sambut baik tindakan MyCC bongkar kegiatan kartel tender kontraktor pembinaan
UMNO tak mahu 'jilat ludah sendiri' terima Bersatu - Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.