Keadaan atmosfera yang tidak stabil semasa musim peralihan monsun kini memungkinkan kejadian puting beliung yang melanda Kedah pada Selasa lalu berulang kembali.
Malah, cuaca buruk seperti hujan ribut dan petir juga dijangka akan berlanjutan hingga pertengahan November ini.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, menegaskan pembentukan awan cumulonimbus yang aktif menjadi punca kejadian puting beliung tersebut.
“Awan cumulonimbus itu boleh menyebabkan tekanan makin kuat yang menyebabkan puting beliung... dan adanya kemungkinan untuk berlakunya puting beliung sekali lagi,” kata Hisham.
Tambah Hisham, kejadian puting beliung yang berlaku tempoh hari adalah besar dengan skala 1 pada kelajuan angin 120 ke 180 kilometer sejam.
“Ini adalah angin puting beliung yang berskala besar yang pernah kita alami di negara.
“Kalau sebelum ini ia hanya kecil mungkin dalam 10 meter kelebarannya.
“Dalam kes (di Kedah) ini kita dapati saiznya adalah (antara) 20 ke 50 meter kelebaran berdasarkan pada kesan yang dibawa dan angin berdasarkan kerosakan yang berlaku adalah 150 km sejam,” jelas Hisham ketika dihubungi Astro AWANI.
Justeru, Hisham menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengurangkan aktiviti luar jika terdapat petir mahupun hujan berserta ribut.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Oct 17 2014
JABATAN METEOROLOGI: Kejadian puting beliung mungkin berulang - Gambar fail
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
Kejadian puting beliung mungkin berulang - Jabatan Meteorologi
Keadaan atmosfera yang tidak stabil semasa musim peralihan monsun kini memungkinkan kejadian puting beliung yang melanda Kedah pada Selasa lalu berulang kembali.