Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melihat isu kehamilan gadis remaja sebagai satu diskriminasi terhadap golongan itu.
Ini kerana kata Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim, remaja yang hamil bukan sahaja tidak dapat menikmati zaman remaja mereka tetapi juga menutup peluang untuk mereka mendapat pendidikan lebih tinggi selain berisiko terhadap penderaan.
"Mereka juga akan berhadapan dengan isu kehamilan dan penjagaan anak dalam keadaan mereka masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu dari segi mental dan fizikal," katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia yang disambut 11 Julai setiap tahun.
Rohani berkata kerajaan menerusi pelbagai jabatan dan agensinya sentiasa berusaha keras bagi memastikan kesejahteraan rakyat dinikmati segenap lapisan umur termasuklah golongan remaja.
Antara lain, beliau berkata di bawah kementeriannya, Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan telah digubal bagi melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial.
Selain itu, beliau berkata kementeriannya juga telah melancarkan Kempen Respek Wanita bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan terhadap wanita.
Sambutan Hari Penduduk Sedunia dengan tema tahun ini 'Kehamilan Gadis Remaja' dianjur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 1989, bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kependudukan dunia.
Bernama
Thu Jul 11 2013
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara.
Kehamilan pada usia 40-an penuh cabaran, tetapi selamat
Walaupun ia cabaran besar, namun, jika kesemua langkah penjagaan diambil kira dan diikuti secara betul, ia selamat untuk kedua-dua ibu dan bayi.
Farah Nabilah umum bakal timang cahaya mata kedua tak lama lagi
Farah atau mesra dipanggil Fawa memuatnaik video pendek dirinya di tepi pantai sedang mengusap perut dari pandangan sisi.
JBPM laksana operasi Medevac bantu tiga pesakit Orang Asli
Kesemua pesakit dibawa ke Hospital Gua Musang dan operasi itu mengambil masa selama tiga jam 36 minit.
"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.
Remaja 14 tahun mengandung dirogol dua lelaki
Seorang remaja berusia 14 tahun mengandung dipercayai dirogol oleh dua lelaki dalam kejadian berasingan di kediamannya di Pasir Mas.
'Nasib baik bukan 'baby boy'' - Raja Ilya teruja umum jantina bayi!
Tahniah Raja Ilya dan suami!
Jalan banyak sikit bleeding - Syatilla Melvin alami komplikasi placenta previa, ramai kongsi tip!
Syatilla terpaksa jalani pembedahan melahirkan bayi ketiganya selepas disahkan mengalami masalah placenta previa.
Ibu maut, bayi dikandung terkeluar dalam nahas dua motosikal
Bayi berkenaan yang bernyawa sejurus nahas tersebut bagaimanapun meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.
Lima ibu mengandung dipindahkan dari kawasan banjir
Kesemua wanita terbabit dipindahkan ke Hospital Kuala Lipis sebagai langkah berjaga-jaga.