BARU berniat untuk mencuba kelahiran normal, pelakon Syatilla Melvin terpaksa menjalani pembedahan melahirkan bayi ketiganya kali ini selepas disahkan mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.
Menurut kata Syatilla, dia seakan pelik bila mana mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat benda berat. Setelah melakukan pemeriksaan bulanannya, barulah diketahui punca sebenar.
Menerusi Instagramnya, isteri kepada Shaheizy Sam ini berkongsi cerita.
“Tadi pergi check up doktor bagitahu kata placenta previa. Kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka.
“Sebab lately ni asyik bleeding, jalan banyak sikit bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikit bleeding. Rupa-rupanya uri kat bawah,” kongsinya di Instagram.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, kandungan ketiganya ini amat berbeza berbanding dua anaknya terdahulu.
Paling ketara kata Syatilla, dia langsung tidak dapat menghasilkan content untuk mempromosikan produknya sendiri iaitu Kekasih. Asal sahaja nampak barangannya, dia sudah mula pening-pening.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor 3 ni memang pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tak lalu nak promote produk sendiri.
“Dah berapa lama dah tak buat content untuk kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nak pening. Tak ka yang aneh-aneh tu?,” kongsinya lagi.
Biarpun sedikit kecewa dengan perkhabaran doktor, namun kata Syatilla dia reda demi keselamtan bayi dalam kandungannya. Apa yang penting baginya adalah bayi sihat dan selamat.
“So no 3 ni confirm lah doctor kena belah jugak perut aku. Baru plan nak try VBAC, tak dak rezeki sungguh. Tak apalah, apa nak jadi kat ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin.
“Btw, doc suruh warded dah masa 36 weeks nanti. Tapi aku nak raya tapi tak mau warded lagi,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, ibu kepada Syeriv dan Syarima ini juga turut meminta pengikutnya untuk berkongsi cerita dan pengalaman mengenai placenta previa ini.
“Ya allah sapa lagi ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, Tilla nak baca,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya turut berkongsi masalah sama yang dihadapi mereka dan berkongsi tip dan amalan untuk menaikkan semula uri ke bahagian atas.
Artikel asal di Pa&Ma
Pa and Ma
Sat Mar 12 2022

Syatilla berkata, kandungan ketiganya ini amat berbeza berbanding dua anaknya terdahulu. - Foto Pa&Ma

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jalan banyak sikit bleeding - Syatilla Melvin alami komplikasi placenta previa, ramai kongsi tip!
Syatilla terpaksa jalani pembedahan melahirkan bayi ketiganya selepas disahkan mengalami masalah placenta previa.