IPOH: Pemilihan Ipoh sebagai lokasi penggambaran filem oleh sutradara dan pelakon dari India Selatan baru-baru ini, merealisasikan hasrat menjadikan bandar raya ini sebagai pusat perusahaan filem persis Mumbai.
Khabar baik itu tentu sahaja mendapat maklum balas positif daripada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang menyifatkan ia langkah pertama Ipoh menjadi bandar raya seni dan kreatif.
"Kita memang sambut baik kehadiran mereka (penggiat filem India Selatan) ke sini, dari tahun lepas memang kita mahu realisasikan hasrat Ipoh sebagai pusat perusahaan filem.
"Bila kita rujuk dengan ejen, penggiat dari Bollywood kurang tunjuk minat ke sini. Tapi yang datang ke sini adalah Kollywood iaitu industri filem Tamil dari India Selatan.
"Tapi saya rasa itu pun sudah cukup bagus untuk pasaran di sini, sebab melalui pemahaman saya, di India Selatan penduduknya mencecah 200 hingga 300 juta orang.
"Mereka di negeri ini selama sebulan dan buat penggambaran di sekitar Ipoh, banyak lokasi menarik yang menjadi tumpuan terutama kawasan tumpuan pelancong," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran pelakon terkenal India Selatan, Vijay Sethupathi untuk penggambaran filem terbaharunya di negeri ini.
Difahamkan kru produksi sekitar 90 orang dari India itu akan melakukan penggambaran selama sebulan di negeri ini.
Tambahnya lagi, pihaknya menerusi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang diperlukan bagi menjayakan penggambaran filem tersebut di sini.
"Difahamkan penggambaran banyak dibuat di sekitar pekan Ipoh, termasuk kita bawa mereka ke Kampung Kacang Puteh di Buntong dan secara tidak langsung dapat promosikan produk kacang putih di situ," katanya lagi.
Tahun lalu, Astro Awani melaporkan Ipoh berpotensi besar menjadi sebuah bandar raya seni dan kreatif khususnya sebagai pusat perusahaan filem seperti Mumbai, India.
Sasaran dan harapan itu disuarakan Rumaizi yang berpandangan bandar raya ini mampu menjadi lokasi tumpuan dalam aspek seni kreatif sebagaimana Bollywood.
Aida Aziz
Thu Jun 01 2023
Rumaizi (tengah) berkata, pihaknya menerusi MBI sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang diperlukan bagi menjayakan penggambaran filem India Selatan itu di Ipoh. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Pelakon veteran terkenal, Delhi Ganesh meninggal dunia pada usia 80 tahun
Pelakon veteran versatil India, Delhi Ganesh menghembuskan nafas terakhir di Chennai, Tamil Nadu, pada malam Sabtu akibat komplikasi kesihatan pada usia 80 tahun.
Pelakon Jayashree Ramaiah dipercayai mati bunuh diri - Polis India
Seorang lagi pelakon India, Jayashree Ramaiah ditemukan mati tergantung di kediamannya di Bengaluru, semalam.