Lokasi yang strategik, terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi membuatkan Malaysia sesuai menjadi hub bagi e-sukan.
Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Hasnul Hadi Samsudin berkata, negara ini juga mempunyai ramai pemain berkualiti dalam pelbagai permainan e-sukan.
“Lokasi Malaysia strategik dalam wilayah ini, kita juga mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi. Bahkan pada zaman Melaka dulu, orang Portugis datang ke Malaysia untuk perdagangan rempah, ini juga hampir sama.
“Kita sangat bertuah kerana berada di tengah-tengah di Wilayah Asia Tenggara. Selain itu, kita juga ada ekosistem permainan yang memberangsangkan.
“Terima kasih kepada pemain dan syarikat yang mencipta produk dan peluang. Kita salah satu daripada ekosistem dalam wilayah ini yang saya fikir, orang di luar sana mahu sertai kita,” katanya dalam sidang media maya baru-baru ini.
Tambahnya, sokongan padu daripada kerajaan juga membolehkan industri tersebut berkembang dengan lebih cepat di Malaysia.
Asia Tenggara menjadi lokasi tarikan untuk pembangunan e-sukan. Itu sebab kerajaan teruja untuk membangunkan sektor ini, teruja untuk pastikan wilayah dapat manfaat daripada sektor ini dan pastikan belia ambil bahagian dalam sektor ini,” ujarnya.
Hasnul Hadi berkata demikian bagi menerangkan informasi berkaitan program Level UP PLAY-ONE yang berlangsung pada 13 dan 14 Jun lepas dan Level UP SPACEBAR yang akan diadakan pada 16 dan 17 Jun.
Untuk edisi tahun ini, semuanya dijalankan secara maya, tiada perhimpunan beramai-ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Malaysia.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee berkata, ketika aktiviti sukan di seluruh dunia mula mempraktikkan normal baharu, e-sukan sebenarnya sudah lama mempraktikkan amalan sebegitu.
“Seperti sukan tradisional, kita lihat banyak aktiviti sudah dimulakan semula sekarang tapi tanpa penyokong di lapangan. Ini mungkin normal baharu tapi dalam e-sukan, ia bukanlah normal baharu, ia memang seperti itu.
“Tapi sudah semestinya untuk program di lapangan, dalam elemen tertentu, kita putuskan untuk tunggu dan lihat. Kita tak boleh terus anjurkan program di lapangan. Apa pun, kita pantau situasi ini setiap masa,” katanya.
Astro Awani
Mon Jun 15 2020
Hasnul Hadi berkata, Malaysia juga mempunyai ramai pemain berkualiti dalam pelbagai permainan e-sukan. - Gambar BERNAMA
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok.
Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
Kanak-kanak autistik dilapor hilang, ditemui lemas di Sungai Kedah
Kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dilapor hilang di Taman Tunku Tabor, semalam ditemui lemas di Sungai Kedah, hari ini.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
AWANI Ringkas: Sistem kod QR diperluas di lapangan terbang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.