SEREMBAN:Unik, vintaj dan klasik. Itu gambaran yang boleh diberikan sebaik melangkah masuk ke rumah teres setingkat yang diberi nama 'Teratak Ana' milik Ridzwan Darus, 53, di Taman Panchor Jaya, di sini.
Ini kerana ratusan barangan lama dan terpakai termasuk seterika tembaga, pinggan mangkuk, telefon dan koleksi wang menghiasi segenap ruang rumah yang pastinya melahirkan kekaguman kepada peminatnya malah pemandangan dari luar kediaman itu, pasti menggamit tetamu untuk meninjaunya.
Lebih menarik,tatkala melangkah masuk, mata pastinya tertarik dengan beberapa tempayan besar yang dijadikan hiasan serta sebuah mesin jahit lama yang diubah suai menjadi meja selain dinding ruangan luar rumah turut diletakkan pelbagai barangan seperti bubu rotan dan bingkai gambar.
Menyedari ada antara barangan yang dimiliki sudah lama dihentikan keluarannya dan bakal menjadi bahan 'sejarah', Ridzwan mengambil inisiatif mengumpul pelbagai barangan lama yang dijadikan koleksi peribadi sejak remaja selain minat yang mendalam.
"Namun, saya mula aktif mengumpul barangan klasik ini sejak 2001 ketika awal-awal pindah ke sini, ia tidaklah mahal harganya, tetapi ada nilai sentimental kepada saya, malah isteri dan dua anak lelaki juga turut mempunyai minat yang sama.
"Kebanyakan barangan ini dibeli di kedai antik, bazar lambak dan individu di seluruh negara, terdapat lebih 800 jenis barangan antik dan terpakai yang dijadikan dekorasi sekali gus menampilkan suasana klasik serta menggamit nostalgia," katanya kepada Bernama.
Anak kelahiran Pahang ini berkata, antara barangan paling lama yang dikumpulnya ialah tempayan berusia 30-an yang diperolehnya daripada rumah datuknya di Bentong, Pahang.
Jelas Ridzwan yang turut memiliki kemahiran pertukangan membaik pulih pelbagai barang antik itu, kebanyakan susun atur dekorasi rumahnya itu adalah melalui ideanya dan isteri, Fouziah Mahamad Hamli, 51, selain merujuk majalah dan menonton rancangan televisyen.
"Penjagaannya tidak susah, kami akan bersihkan rumah dua atau tiga kali sebulan, malah setiap bilik turut dihias barangan itu, kami juga sering menerima kunjungan peminat barangan klasik yang ingin melihat sendiri koleksi ini," katanya.
Ridzwan berkata beliau turut berkongsi minatnya bersama orang ramai dengan menjual barangan itu melalui laman sosial Facebook dan jualan 'car boot' di seluruh Negeri Sembilan.
"Pada mulanya, saya hanya menyimpan ia sebagai koleksi peribadi sahaja, tetapi apabila jumlah barang semakin bertambah dan mendapat permintaan, saya mula menjualnya sedikit demi sedikit," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga pekerja di syarikat swasta ini turut bercita-cita membuka galeri khusus yang memaparkan koleksi yang dikumpulnya itu sebagai tinggalan untuk generasi akan datang.
Sementara itu, Fouziah berkata beliau dan anak-anaknya sentiasa menyokong minat suaminya malah turut membantu suaminya berniaga barangan itu ketika masa terluang.
"Pulangannya tidaklah banyak namun apabila dapat berkongsi minat dengan orang ramai, itu yang menjadi kepuasan, malah anak-anak pun dah pandai menilai satu-satu barangan itu daripada tahun berapa," katanya.
-- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sun Jan 17 2021
Anak kelahiran Pahang ini berkata, antara barangan paling lama yang dikumpulnya ialah tempayan berusia 30-an yang diperolehnya daripada rumah datuknya di Bentong, Pahang. - BERNAMA
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Kediaman umpama galeri vintaj
Ratusan barangan lama dan terpakai termasuk seterika tembaga, pinggan mangkuk, telefon dan koleksi wang menghiasi segenap ruang rumah.
Muzium Warisan India Pertama di M'sia, tarikan baharu di P.Pinang
Bertempat di Jalan Macalister, muzium yang pertama seumpama itu di Malaysia dibuka pada 1 Mei lepas dan menjadi tarikan baharu pelancong ke Pulau Pinang.