SEREMBAN: Golongan M40 yang terjejas semasa pandemik Covid-19 dialu-alukan datang ke Kedai Muhibah Bukit Kepayang di sini untuk mengambil barang keperluan secara percuma.
Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nicole Tan berkata, ramai golongan M40 yang kini menjadi B40 sehingga memerlukan bantuan akibat sumber pendapatan mereka terjejas.
"Saya ada terima kes di mana seorang wanita M40 yang dulu kerja sebagai seorang pensyarah, namun disebabkan pandemik COVID-19 ini, kolejnya ditutup sementara dan dia tidak diberi gaji.
"Wanita itu datang kepada saya dan meminta bantuan pekerjaan dan dia sanggup bekerja sebagai pembersih kedai untuk menampung keluarga.
"Tetapi setelah Negeri Sembilan memasuki Fasa 3 (Pelan Pemulihan Negara), dia kemudiannya dipanggil semua bekerja sebagai pensyarah dan dia sangat berterima kasih kerana diberi peluang untuk mendapatkan gaji tanpa memilih pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program pelancaran bakul makanan di Kedai Muhibah Bukit Kepayang di sini pada Isnin.
Majlis disempurnakan oleh isteri Menteri Besar, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof yang juga Yang Dipertua Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat, Pegawai Kanan Negeri Sembilan dan Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan.
Mengulas lanjut, kata Nicole, kejadian seperti ini menunjukkan bahawa semua masyarakat di pelbagai lapisan turut sama terjejas semasa pandemik ini, bukan hanya B40 tetapi mereka yang M40 juga menerima nasib yang sama.
Dalam pada itu, Wan Hasni turut mengucapkan tahniah kepada Nicole yang bertungkus lumus membuka Kedai Muhibah dan menyediakan bekalan makanan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.
Katanya, idea menarik ini telah menjadikan konsep bakul makanan seperti sebuah kedai runcit yang menyediakan pelbagai barangan dapur, tetapi tanpa bayaran.
"Kita berharap bantuan seperti ini akan diteruskan sampai bila-bila dan membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama," katanya.
Kedai Muhibbah, 'One Stop Centre' ini diadakan atas inisiatif Nicole yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang bagi membantu golongan yang memerlukan.
Setiap hari pelbagai jenis keperluan harian dan pakaian percuma turut disediakan bagi memastikan keperluan tersebut tidak terputus.
Orang ramai boleh mengambil apa sahaja yang mereka suka secara percuma mengikut keperluan masing-masing.
Bukan sahaja pakaian, pelbagai keperluan dapur seperti gula, tepung, susu dan juga sayur-sayuran turut disediakan secara percuma.
Kedai ini beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 11 2021
Wan Hasni membantu Nicole menyusun bekalan keperluan dapur di Kedai Muhibah sempena program pelancaran bakul makanan di Kedai Muhibah Bukit Kepayang pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
'Kedai runcit' percuma
Ramai golongan M40 yang kini menjadi B40 sehingga memerlukan bantuan akibat sumber pendapatan mereka terjejas.