Kerajaan Negeri Kedah hari ini mengumumkan 25 April ini sebagai hari kelepasan am gantian.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika mengumumkan keputusan itu berkata ia berikutan pertindihan cuti sambutan Israk dan Mikraj dengan hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang juga hari kelepasan am tambahan pada 24 April nanti.
“Exco sudahpun bersetuju supaya cuti umum pada 24 haribulan itu walaupun cuti itu adalah cuti negeri Kedah dan diganti pada 25 haribulan, maka 25 haribulan (April) di Kedah juga cuti kerana 24 haribulan itu memang cuti umum yang ada dalam kalendar cuti negeri kedah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.
Minggu lalu, kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember lalu menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Apr 12 2017
![Kedah umum 25 April sebagai cuti kelepasan am gantian Kedah umum 25 April sebagai cuti kelepasan am gantian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491989436_950x600.jpg)
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika mengumumkan keputusan itu berkata ia berikutan pertindihan cuti sambutan Israk dan Mikraj dengan hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679150900_DatukSeriAhmadBas.jpg)
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
![Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678252773_SyedRazakSyedZain.jpg)
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
![Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678174293_AhmadBashah.jpg)
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
![Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-10/71508487544_950x600.jpg)
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
![Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526163520_TBPENGERUSIBNKEDAHA.jpg)
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
![Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526306564_MUKHRIZTUNMAHATHIR.jpg)
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
![10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini 10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526568623_MukhrizMahathir.jpg)
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
![Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526223939_DatukAminuddinOmar.jpg)
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
![Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525533001_UndiAwal.jpg)
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
![Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41525067844_SultanKedah.jpg)
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.