Kerajaan Kedah hari ini menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp dipercayai dihantar oleh sebuah madrasah di Sungai Petani memohon derma, kononnya antara lain untuk membayar makanan berbuka puasa pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata madarasah itu yang dikesan beroperasi tanpa kebenaran sudah diarahkan tutup pada Isnin.
"Madrasah itu yang turut dijadikan pertubuhan amal juga disyaki mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip derma yang dibuat tanpa kebenaran jabatan agama Islam negeri," katanya kepada pemberita hari ini.
Kiriman mesej itu antara lain menyebut "Assalamualaikum wrt. Kalau ada nama nama untuk Madrasah kami bacakan tahlil tolong kirimkan pada saya nama nama tu sesegera yang boleh hari ini. Seafdalnya sebelum jam 12 malam hari ini (malam Jumaat) .
"Cuma kalau berkemampuan saya minta tolong cukupkan baki kos RM150 untuk jamuan berbuka puasa Khamis Madrasah miskin kami hari ini. Kalau tak dapat jumlah tu, sedekahlah berapapun tak apa hari ni. Jika saya tak dapat cukupkan baki tu hari ini, risau saya khuatir pembayaran makan berbuka mereka akan tidak cukup untuk 229 pelajar".
Mengulas lanjut, Ismail berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan notis mengosongkan premis kepada pihak madrasah pada 11 Mac dan mereka mempunyai tujuh hari untuk berbuat demikian.
Difahamkan mesej meminta derma itu dihantar ke nombor telefon orang awam secara rawak sejak Khamis lepas.