ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bertegas tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri yang telah berkuat kuasa di negeri itu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu telah mengambil pandangan semua pihak dan isu itu bukan hanya membabitkan satu kaum sahaja sebaliknya judi juga telah memberi kesan buruk kepada semua kaum di negara ini.
"Kita bertegas tidak akan tarik balik dan tiada pertimbangan semula kerana ini bukan isu satu kaum sahaja.
"Judi merosakkan semua kaum, tak pernah jadi alat membentuk keharmonian kaum," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Muhammad Sanusi memberi reaksi mengenai cadangan Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di Kedah.
Swee Leong berkata, langkah itu wajar dipertimbang semula bertujuan mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.
Dalam ulasan lanjutnya, Muhammad Sanusi berkata Swee Leong terlebih dahulu diminta untuk membuktikan judi boleh membentuk keharmonian kaum.
Katanya ini kerana keharmonian kaum hanya boleh dibentuk melalui integrasi di sekolah, aktiviti sukan, seni budaya, bahasa pertuturan yang sama dan lain-lain kesan daripada judi.
"Kalau betul saya minta dia (Swee Leong) buktikan judi boleh bentuk keharmonian kaum," ujarnya.
Ahad lalu Astro AWANI melaporkan semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya pada 1 Januari 2023, susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan yang diputuskan pada November 2021 itu.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 03 2023

Muhammad Sanusi berkata Swee Leong terlebih dahulu diminta untuk membuktikan judi boleh membentuk keharmonian kaum. - Fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pengendali kasino Wynn menangi lesen perjudian pertama di UAE
Lesen itu diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Perjudian Komersial Am, yang ditubuhkan tahun lepas.

Tiada pemohonan baharu lesen premis judi, loteri di Perlis
Kerajaan negeri setakat ini tidak menerima sebarang pemohonan baharu bagi pembukaan premis perjudian dan loteri, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Fakhrul Anwar Ismail.

Premis judi: 'Kalau dapat RM400 juta sekalipun, saya akan tutup juga' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya akan kekal dengan pendirian untuk menghentikan operasi premis perjudian dan loteri di seluruh negeri itu.

Kedah tidak bercadang pertimbang semula penamatan lesen judi - Muhammad Sanusi
Kerajaan negeri Kedah bertegas tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri yang telah berkuat kuasa di negeri itu.

Kedah sedia hadapi tindakan pihak cabar keputusan berkaitan lesen premis judi - MB
Beliau berkata mana-mana pihak berhak dan boleh mengambil tindakan mencabar keputusan kerajaan negeri.

Keputusan tidak luluskan lagi lesen judi bukan bertujuan sekat hak mana-mana pihak - MB Kedah
Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis di negeri ini bukan bertujuan menyekat kebebasan hak asasi manusia atau mendiskriminasi kaum lain.