Kerajaan negeri Kedah diminta mempergiatkan usaha mempromosi produk pelancongan di negeri ini khususnya berkaitan tamadun, seni dan budaya agar setanding dengan lokasi lain di dunia.
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin bertitah, daerah Kuala Muda misalnya mempunyai kesan dan tinggalan sejarah yang tidak terdapat di tempat lain seperti di Sungai Batu dan Kompleks Candi Batu Pahat yang mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi.
"Kuala Muda mempunyai tamadun yang tertua di dunia. Kajian daripada pakar arkeologi yang berpengalaman dalam tamadun-tamadun purba dunia seperti Mesopotamia, Indus, dan China telah mengakui serta mengiktiraf bahawa kawasan Sungai Batu mempunyai bukti ketamadunan yang lebih tua daripada Borobodur di Indonesia dan Angkor Wat di Kemboja.
"Saya merasakan sudah tiba masanya untuk kerajaan menerusi Lembaga Pelancongan Negeri Kedah untuk mengendalikan semua aspek berkaitan pelancongan di negeri ini," titah baginda ketika berucap pada majlis minum petang serta perasmian Pameran Seni Dan Budaya 'Menelusuri Sejarah Kuala Muda' di sini, pada Ahad.
Titah baginda, pelbagai artifak serta monumen peninggalan sejarah yang tertua dan dikagumi boleh diketengahkan menerusi promosi berterusan yang mampu menarik pelancong ke Kedah, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri seperti tempat-tempat bersejarah lain di Amerika Selatan, Mesir dan Jordan.
"Dengan kedatangan pelancong antarabangsa dan tempatan, ia dapat meningkatkan lagi ekonomi rakyat sebagaimana di Machu Picchu di Amerika Selatan, Piramid Sphinx di Mesir atau yang dekat lagi kesan penjajahan Portugis dan Belanda di Melaka kerana saya merasakan selama ini di Kedah, kita tidak kekurangan daya tarikan cuma kita ketinggalan dalam pemasaran dan promosi," titah baginda.
Tengku Sarafudin bertitah, pihak berkaitan hendaklah lebih agresif serta meningkatkan pasaran pelancongan selain menambah baik infrastruktur awam serta menyediakan kemudahan pemandu pelancong yang terlatih agar menarik minat pelancong ke sini.
Titah baginda, Kedah juga mempunyai pelbagai produk berkaitan seni dan budaya yang boleh diketengahkan dan diperkenalkan.
"Produk seperti Batik Merbok sangat berpotensi untuk dipaparkan secara meluas selaras dengan usaha meningkatkan ekonomi rakyat, Baju Kedah juga merupakan pakaian yang sinonim dengan kebudayaan kita dan boleh diterokai pasarannya di dalam dan luar negara," titah baginda.
Selain itu, aktiviti kebudayaan lain seperti tarian Hadrah Mek Mulong, Menora serta Wayang Kulit boleh diangkat ke peringkat antarabangsa agar ia terkenal seperti tarian Namrong di Thailand.
"Dengan strategi pemasaran yang baik saya percaya produk-produk seni dan budaya seperti ini dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi negeri dan rakyat menerusi peluang-peluang perniagaan dan ekonomi setempat," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2019

Tengku Sarafudin Badlishah (tiga, kanan) berkenan melihat hasil seni yang dihasilkan pelukis sempena Majlis Minum Petang dan Perasmian Pameran Seni dan Budaya "Menelurusi Sejarah Kuala Muda" di UiTM Merbok pada Ahad. - Bernama

Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu.
OCI TerraSus hasilkan polisilikon untuk pelaburan RM1.17 bilion di AS
Melalui pelaburan RM1.17 bilion OCI Holdings di AS, OCI TerraSus akan berusaha untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin utama global dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dengan melabur dalam teknologi canggih dan memanfaatkan kelebihan strategik Sarawak dan Malaysia
Pantau Agenda Reformasi: Cerita banjir di Johor
Wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilah Omar membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Johor yang semakin memburuk.
Kerjasama Boeing – MAG pertingkat tenaga kerja sebanyak 20 peratus
Perkongsian terbaharu bersama MAG akan meningkatkan tenaga kerja Malaysia sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.
Pertumbuhan pesat industri, MAS perlu bersaing
Dengan pertumbuhan pesat sektor penerbangan rantau Asia Pasifik dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia Airlines perlu tumpuan terhadap aspek kredibiliti dan kemampanannya.
Pantau Agenda Reformasi: Berkongsi barakah Ramadan, santuni komuniti
Wartawan Astro AWANI, Khalis Kadir bersama komuniti warga emas, anak yatim dan masyarakat kurang bernasib baik dalam edaran bubur lambuk bagi menyantuni orang ramai.
Industri tempatan pada asas kukuh untuk pengembangan - PM
Anwar berkata, ini sekaligus menunjukkan potensi untuk pertumbuhan positif, khususnya untuk Malaysia Airlines.
Anugerah Industri Pelancongan 2025 hargai sumbangan cemerlang
Anugerah Industri Pelancongan 2025 bakal memberi penghormatan kepada individu, perniagaan, dan organisasi yang mempamerkan kecemerlangan, inovasi, serta daya tahan dalam industri pelancongan.
Bomba Sarawak aktif aset proses penyelamatan dan pemindahan
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak kini mengaktifkan pelbagai aset bagi proses penyelamatan dan pemindahan mangsa-mangsa banjir di tengah Sarawak.

Penampilan dua pemain warisan baharu bergantung kepada Cklamovski
Keputusan mengenai penglibatan dua pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, bergantung kepada pertimbangan barisan kejurulatihan.

Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur
Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur

Kes bakar ibu: Lelaki OKU mental diarah dirujuk ke hospital psikiatri
Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai sejarah penyakit mental diperintahkan menjalani penilaian psikiatri selama sebulan.

Liga Super: Victor puji semangat juang pemain muda KDA FC
Ketua jurulatih interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag memuji persembahan pemainnya yang memberi tentangan sengit kepada KL City FC sebelum tewas 2-3 dalam aksi Liga Super.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengajar didakwa cabul pelajar lelaki
Seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah hotel, Sabtu lalu.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.