KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memberikan award lebih RM8 juta kepada seorang wanita dan anak perempuannya berusia empat tahun yang menderita kerosakan otak tak terpulih kerana kecuaian perubatan semasa kanak-kanak itu dilahirkan di sebuah hospital kerajaan.
Dalam penghakiman yang dikeluarkan pada 17 April tahun ini, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas kerajaan mengaku terhadap liabiliti untuk kesemua tuntutan plaintif dengan ganti rugi dan kos.
Pada November 2020, wanita itu yang mempunyai sejarah obstetrik berisiko tinggi dan anak perempuannya selaku plaintif telah memfailkan satu saman terhadap kerajaan dan lapan individu terdiri daripada pegawai perubatan dan staf sebagai defendan kerana kecuaian perubatan.
Bagaimanapun, pada 28 Jan 2022, Mahkamah Tinggi merekodkan satu penghakiman persetujuan dengan pengakuan terhadap liabiliti oleh kerajaan dan plaintif menarik balik saman terhadap lain-lain defendan tanpa perintah kos.
Roz Mawar memberikan award kepada kedua-dua plaintif ganti rugi khas RM209,172 dan ganti rugi am RM500,000 kepada plaintif pertama (kanak-kanak) dan RM114,000 kepada ibunya.
"Kedua-dua plaintif diberikan award ganti rugi teruk berjumlah RM350,000. Untuk ganti rugi am masa hadapan, plaintif pertama diberikan award berjumlah RM6,954,156 untuk 40 tahun. Mahkamah ini mendapati ia merupakan jumlah yang munasabah kerana kos purata penjagaannya mencecah RM173,853.90 setahun. Mahkamah juga memerintahkan RM215,177.25 sebagai kos," katanya.
Dalam penghakimannya, Roz Mawar berkata ini sememangnya satu pengajaran yang mahal kepada defendan dan jumlah itu tidak dapat memulihkan kecederaan plaintif pertama.
"Dia tidak akan dapat merasai kehidupan normal. Tempias kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu juga dirasakan plaintif kedua dan keseluruhan keluarganya, Jumlah ganti rugi yang diberikan pada mulanya mungkin nampak seperti durian runtuh tetapi menurut perintah mahkamah ini adalah sekadar memastikan sedikit keselesaan dalam meneruskan kehidupannya," kata beliau.
Menurut Roz Mawar, ini merupakan satu kes tragik dengan plaintif pertama menderita kerosakan otak yang teruk dan tidak dapat dipulihkan semasa kelahirannya pada 17 Mac 2019 di hospital kerajaan dan plaintif kedua yang mempunyai sejarah obstetrik berisiko tinggi yang pada mulanya dirancang untuk menjalani pembedahan Caesar pada 18 Mac 2019 untuk melahirkan plaintif pertama.
"Pada pukul 8 malam 17 Mac 2019, plaintif pertama yang berada di dalam rahim menunjukkan tanda dan simptom degupan jantung yang perlahan daripada biasa. Walaupun mengesaninya, satu keputusan yang lambat dibuat pada pukul 9.20 malam untuk plaintif kedua menjalani pembedahan Caesar kecemasan.
"Walaubagaimanapun, kelewatan tindakan berterusan sehingga plaintif pertama dilahirkan pada 10.14 malam. Semasa dilahirkan didapati plaintif pertama mengalami kerosakan otak akibat kekurangan oksigen sebelum atau sejurus dilahirkan dan kesannya termasuk kerosakan otak yang teruk. Kemurungan yang dialami plaintif kedua juga bertambah teruk.
Anaknya menghidapi 'Spastic Quadriplegic Cerebral Palsy' berikutan kecuaian kerana lewat bertindak, Tindakan sepatutnya diambil dengan segera menurut prosedur yang diterima pakai di hospital," katanya.
Dalam menentukan kuantum award itu, Roz Mawar berkata kedua-dua plaintif kedua dan suaminya merupakan penjaga utama kepada plaintif pertama.
"Selain daripada menjaga plaintif pertama, plaintif kedua dan suaminya juga menjaga anak lelaki mereka berusia sembilan tahun dan anak perempuan berumur tujuh tahun yang menghidap penyakit paru-paru sejak dilahirkan. Suami beliau adalah seorang juruteknik yang tidak lagi mampu bekerja kerana penyakit cakera teranjak.
Plaintif pertama yang kini berusia empat tahun tidak membesar dengan normal dan sukar untuk kembali menjadi normal. Dia memerlukan penjagaan 24 jam kerana dia tidak mampu menguruskan dirinya sendiri. Dia memerlukan bantuan dan penjagaan untuk makan, mandi bahkan untuk membersihkan dirinya seperti mengelap air liur. Kebersihan mulutnya juga perlu dijaga untuk mengelakkan jangkitan.
Plaintif pertama mempunyai otot yang lemah - dia tidak boleh duduk atau berdiri sendiri. Dia tidak dapat berkomunikasi dan tidak menunjukkan sebarang kefahaman terhadap persekitarannya. Menurut plaintif kedua, plaintif pertama juga tidak menangis. Plaintif pertama diberi makan menggunakan tiub," katanya dalam penghakimannya setebal 29 muka surat itu.
Sementara itu, peguam kedua-dua plaintif Karthi Kanthabalan ketika dihubungi hari ini memgesahkan keputusan itu dan kerajaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Dalam penghakimannya, Roz Mawar berkata ini sememangnya satu pengajaran yang mahal kepada defendan dan jumlah itu tidak dapat memulihkan kecederaan plaintif pertama. - Gambar fail/Sinar Harian
Jumlah mangsa banjir di lima negeri meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Dagangan saham Sarawak Cable digantung mulai 18 Nov sementara tunggu keputusan mahkamah
Penggantungan itu akan ditarik balik jika mahkamah tidak memberikan perintah pengurusan kehakiman pada perbicaraan pada 20 November ini.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Pembiayaan tambahan RM2 bilion: Najib percaya BOD buat keputusan demi kepentingan SRC
Datuk Seri Najib Tun Razak percaya BOD SRC akan membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan syarikat.