Akibat enggan menjalinkan hubungan cinta dengannya, seorang lelaki gila bayang bertindak nekad menculik seorang wanita dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad.
Lelaki berusia 27 tahun itu bertindak melarikan mangsa, 29, ketika wanita itu mahu memasuki kereta miliknya selepas habis waktu bekerja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ( SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kehilangan mangsa disedari bapanya selepas anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya pada jam 10.30 malam.
Berikutan itu, bapa mangsa telah ke tempat kerja anaknya sebelum dimaklumkan oleh rakan sekerja bahawa anaknya telah dilarikan oleh seorang lelaki.
Noorzainy berkata menurut laporan, saksi yang berada berdekatan lokasi kejadian mendengar jeritan mangsa meminta tolong dan cuba mengejar kenderaan tersebut namun gagal kerana dipandu laju.
Siasatan mendapati suspek telah membawa mangsa ke sebuah pasar awam di Tasek Gelugor dan mengurung mangsa di dalam kenderaan terbabit dengan kedua-dua tangan terikat di belakang.
Suspek kemudiannya menghubungi abang kandungnya dan memaklumkan bahawa dia telah melarikan mangsa sebelum abangnya datang berjumpa mereka di pasar awam berkenaan.
Menurut Noorzainy lagi, mereka bertiga kemudiannya telah pergi ke kawasan Pantai Bersih di Butterworth bagi memujuk suspek sebelum lelaki itu akur untuk menyerah diri kepada pihak polis selepas empat jam berada di situ.
Tambah Noorzainy, siasatan awal mendapati bapa mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap suspek kerana mengganggu anaknya itu dan kes tersebut diselesaikan secara baik selepas suspek berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi.
Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah bersabit kes dadah kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Mon Jul 22 2019

Siasatan mendapati suspek telah membawa mangsa ke sebuah pasar awam di Tasek Gelugor dan mengurung mangsa di dalam kenderaan terbabit dengan kedua-dua tangan terikat di belakang. -Gambar hiasan

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Govt considers congestion charges in major cities to ease traffic
The government is considering congestion charges in Kuala Lumpur, Georgetown and Johor Bahru to ease traffic in these cities, pending studies and Cabinet approval
AWANI Tonight: Malaysia Education Blueprint: Progress, challenges & the road ahead
As the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 nears its conclusion this year, Dr. Logendra Stanley Ponniah from Taylor’s University evaluates its achievements, remaining gaps and the way forward.

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi - Mohamad Sabu
Projek Pembangunan Infrastruktur diumumkan bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun.

Kecewa cinta ditolak, lelaki nekad culik 'kekasih'
Bapa mangsa telah ke tempat kerja anaknya sebelum dimaklumkan oleh rakan sekerja bahawa anaknya telah dilarikan oleh seorang lelaki.