CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 18 mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital sekitar Lembah Klang susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam, semalam, dalam keadaan stabil.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 10 mangsa dimasukkan ke Hospital Shah Alam dan lima lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, manakala tiga individu di Hospital Sungai Buloh.
"Keadaan mereka stabil, 14 daripada mereka mengalami gejala ringan yang boleh dirawat seperti pesakit luar.
"Empat mangsa lagi termasuk dua ibu mengandung dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan, namun tiada kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia di sini hari ini, sebagai mengulas status mangsa kebocoran gas ammonia yang sedang dirawat di fasiliti KKM.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar semalam dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.15 pagi berhubung kejadian tersebut dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati kebocoran berlaku apabila jentera pengangkat terlanggar injap satu tangki ammonia, ketika kerja mengalihkan tangki tersebut, manakala pihak kilang telah menghubungi vendor untuk pembaikan injap terbabit dan operasi tamat pada 6.30 petang Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

siasatan awal mendapati kebocoran berlaku apabila jentera pengangkat terlanggar injap satu tangki ammonia, ketika kerja mengalihkan tangki tersebut. - Gambar fail/JBPM

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bomba kesan kebocoran gas ammonia di kilang NSK Sg Tua
Kebocoran gas ammonia itu berlaku di bahagian stor kilang berkenaan.

Kebocoran gas ammonia: Keadaan 18 mangsa termasuk dua ibu hamil stabil - KKM
18 mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital sekitar Lembah Klang susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Shah Alam dalam keadaan stabil.

Kebocoran gas ammonia di Manila: Dua pekerja kilang maut, lebih 90 dibawa ke hospital
Kebocoran gas itu dipercayai berpunca daripada penghawa dingin kilang terbabit.