JOHOR BAHRU: Sebuah kilang dikesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis "Styrene Monomer" di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad, berkata operasi tersebut melibatkan enam anggota dari BBP Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Larkin.
Beliau berkata, BBP Pasir Gudang menerima maklumat berhubung pencemaran bau di kawasan tersebut pada jam 5.21 petang.
"Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kilang terbabit yang mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) memerlukan bantuan Hazmat untuk menutup injap saluran tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Katanya, setakat ini, keadaan di lokasi kejadian terkawal dan tiada laporan atau aduan diterima daripada orang awam, sama ada mengalami gejala pening dan sebagainya akibat kejadian itu.
Beliau turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang tular di media sosial kerana boleh menggugat ketenteraman awam serta menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Sebuah kilang dikesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis "Styrene Monomer" di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi. - Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.

Kualiti udara di kilang alami kebocoran bahan kimia, kawasan penduduk normal - JAS
Pemeriksaan kualiti udara di sebuah kilang di Pasir Gudang, dekat sini yang mengalami kebocoran bahan kimia semalam serta kawasan penduduk sekitar, didapati setakat ini berada pada tahap yang normal.

Kebocoran bahan kimia di kilang di Pasir Gudang terkawal - Bomba
Sebuah kilang dikesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis "Styrene Monomer" di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi.

Kebocoran bahan kimia di kilang, enam mangsa dikejarkan ke hospital
Enam individu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan susulan kebocoran bahan kimia di sebuah kilang membuat bebola ikan di Jalan Tepi Sungai, dekat sini pada Sabtu.