KUBANG KERIAN: Rakyat Malaysia menyambut hari pertama Fasa Peralihan ke Endemik hari ini dengan gembira, terutama membabitkan aktiviti pembukaan semula sempadan negara dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid serta surau.
Ketika kemeriahan di pintu masuk sempadan negara jelas tergambar dengan banyak perkongsian di media sosial sejak tengah malam tadi, suasana di masjid dan surau juga tidak kurang menyentuh hati umat Islam yang menunaikan solat Jumaat hari ini.
Tinjauan Astro AWANI di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di Kelantan mendapati, jemaah yang menunaikan solat Jumaat teruja kerana tidak lagi perlu menjarakkan diri seperti sebelum ini.
Walaupun kelonggaran itu buat masa ini hanya membabitkan kebenaran merapatkan sejadah bagi jemaah, ia tetap disambut baik.
Semua jemaah yang hadir mematuhi SOP ditetapkan iaitu membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka sepanjang masa.
Imam masjid itu, Abdul Bari Abdullah berkata, kehadiran jemaah hari ini juga lebih ramai daripada biasa.
"Jemaah suka kerana sempena 1 April sudah boleh rapat saf. Hari ini ramai daripada biasa. Minggu lepas ada yang mengadu ramai terpaksa solat di luar, kesian juga masa itu cuaca panas.
"Hari ini semua boleh masuk masjid. Kapasiti masjid ini 5,000 orang, jadi apabila tidak perlu penjarakan maka ramai boleh masuk dalam masjid... alhamdulillah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Seorang jemaah, Zulhilmi Ibrahim, berkata kerinduan untuk kembali merasai solat berjemaah seperti sebelum pandemik COVID-19 akhirnya terlerai.
"Hari ini alhamdulillah dah berapa tahun kita tak berjemaah macam ini saya bersyukur keadaan kembali seperti sedia kala dan berasa amat teruja.
"Tapi kita masih perlu patuh SOP yang ditetapkan dengan pakai pelitup muka dan bawa sejadah sendiri, jangan abaikan SOP itu untuk kebaikan bersama," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, imam solat di masjid-masjid di seluruh negara hari ini kembali kepada amalan biasa, mengingatkan para jemaah untuk merapatkan saf sebelum solat Jumaat bermula.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Di PUTRAJAYA, umat Islam yang terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan dan penduduk setempat mendirikan solat Jumaat berjemaah dengan saf dirapatkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini dengan diimamkan Ustaz Rodhi Abd Ghani.
Para jemaah mula hadir di masjid berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat, dan turut kedengaran peringatan dibuat pihak pengurusan masjid kepada jemaah yang hadir untuk terus mematuhi SOP solat berjemaah secara berkala.
Terdahulu ketika ditemui Bernama di sini hari ini, Rodhi menyifatkan kebenaran rapat saf bagi solat berjemaah merupakan suatu berita yang dinanti-nantikan umat Islam negara ini.
Di MELAKA, solat Jumaat di Masjid An-Naim, Durian Tunggal di Alor Gajah, ratusan jemaah mula hadir ke masjid berkenaan seawal pukul 12.30 tengah hari, dengan mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka selain membawa sejadah sendiri disusuli dengan solat Jumaat tanpa penjarakan fizikal satu meter.
Di KELANTAN, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkenan menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Tengku Razaleigh, Gua Musang, hari ini.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkata masjid perlu diangkat sebagai sebuah institusi penting dalam masyarakat, kerana ia didirikan merentasi kefahaman dan ideologi pemikiran tertentu.
"Pihak jawatankuasa masjid perlu merancang dan melaksanakan program yang boleh membantu meningkatkan semangat ukhwah islamiyah dalam masyarakat," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Masjid Razaleigh kepada MAIK, di sini hari ini.
Di TERENGGANU, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri M Rozi Bidin berkata sejak semalam semua ahli jawatankuasa di 509 masjid dan 1,546 surau di negeri itu telah membuat persediaan untuk pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardhu tanpa penjarakan fizikal.
Seorang jemaah solat Jumaat Kamaruddin Azizan, 45, ketika ditemui Bernama di Masjid Seberang Takir di Kuala Nerus menzahirkan rasa syukur dan sebak kerana selepas dua tahun akhirnya dia dapat menunaikan solat dengan saf rapat.
Di PULAU PINANG, tinjauan Bernama di Masjid Al-Mustaghfirin di Sungai Tiram mendapati jemaah menunaikan solat Jumaat tanpa penjarakan fizikal dengan mengikut SOP yang ditetapkan dan mereka melahirkan rasa syukur kerana lebih ramai dapat solat berjemaah bermula hari ini.
Seorang jemaah, Mohd Jalil Abdul Rahman, 55, berkata kehadiran orang ramai untuk solat Jumaat hari ini lebih ramai berbanding sebelum ini, kerana jemaah tidak perlu lagi mengikut penjarakan fizikal dan boleh merapatkan saf.
Di PERAK, sebahagian jemaah menunaikan solat Jumaat secara rapat saf di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini dan telah memenuhi segenap ruang di dalam dan luar masjid seawal waktu lagi, dalam suasana pematuhan SOP yang ditetapkan, selain imam masjid memesan jemaah merapatkan saf.
Di PAHANG, Imam Masjid Tepian Putra, Kuantan Mohd Zulkarnain Shamsudin berkata jemaah masih digalakkan membawa sejadah sendiri untuk menunaikan solat, selain mengenakan pelitup muka, meskipun kelonggaran merapatkan sejadah tanpa sentuhan fizikal telah diberikan.
Di PERLIS, seorang jemaah di Masjid Nurul Naim Felcra Lubuk Sireh, di sini, Khairil Azrizal Bahari, 40, ketika ditemui berkata setelah dua tahun negara dilanda COVID-19, beliau kini berpeluang membawa anaknya ke masjid bagi mendirikan solat Jumaat setelah anaknya Muhamad Nabil Akalil, 12, sering bertanyakan untuk solat Jumaat di masjid.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata kira-kira 1,500 jemaah membanjiri perkarangan masjid sejak pukul 12.30 tengah hari tadi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa penjarakkan fizikal di Masjid Negeri, Seremban.
Di SELANGOR, tinjauan Bernama di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri mendapati, umat Islam mula memenuhi masjid itu sekitar jam 12.30 bagi menunaikan solat Jumaat secara berjemaah dengan saf dirapatkan hari ini.
"Alhamdulillah bulan April kita mulakan dengan perkara yang baik. Sudah lama tidak merasa sembahyang dengan orang ramai memenuhi ruang masjid namun masih dalam SOP yang digariskan," kata pesara kerajaan Samad Mahat, 70, ketika ditemui Bernama.
Di KEDAH, seorang jemaah di Masjid Al Bukhary, Alor Setar, Hasanudin Ishak, 56, berkata kebenaran merapatkan saf itu memberikan kelonggaran kepada jemaah, sekali gus menjadikan ruang solat yang lebih luas kepada jemaah yang hadir.
Di SABAH, tinjauan di beberapa masjid negeri ini di Kota Kinabalu antaranya Masjid Negeri Sabah dan Masjid At-Taqwa, Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini mendapati solat Jumaat dilaksanakan menerusi SOP terbaharu ditetapkan.
Muhafandi Muhamad
Fri Apr 01 2022
Jemaah memenuhi ruang solat untuk menunaikan solat Jumaat tanpa perlu penjarakan fizikal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini. - Gambar/ Bernama
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Pembukaan sempadan: Keadaan terkawal di semua pintu sempadan negara - KPN
Keadaan di semua pintu sempadan negara terkawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku hari ini.
Kebenaran 'rapat saf', jemaah bersyukur suasana di masjid, surau kembali seperti dahulu
Suasana di masjid dan surau menyentuh hati umat Islam yang menunaikan solat Jumaat hari ini.
Stadium Sultan Ibrahim perkenal pelbagai tarikan, bakal jadi tumpuan pengunjung
Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi pusat tumpuan pengunjung dengan pelbagai tarikan yang akan diperkenalkan, termasuk Johor Darul Ta'zim (JDT) Hummer Tour dan pembukaan restoran, mulai hari ini.
Fasa Peralihan ke Endemik, episod baharu pasca-COVID-19
Bermula 12 tengah malam ini, negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik selepas lebih dua tahun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19.
Fasa peralihan endemik: Jangan 'padam' norma baharu - Annuar Musa
Rakyat perlu terus mengekalkan amalan positif termasuk soal penjagaan kebersihan diri.
GST: Aduan pengguna menurun 90 peratus - Hasan Malek
Masyarakat digesa terus membuat aduan mengenai peniaga yang mengambil kesempatan menaikan harga barang selepas perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST, 1 April lalu.
Negara mulakan sistem percukaian baharu menerusi GST
Malaysia hari ini secara rasmi menjadi negara kelapan dalam kalangan 10 anggota ASEAN dan yang ke-169 di dunia melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Tiada tindakan jika peniaga daftar GST sebelum 28 Feb
Ketua Pengarah Kastam berkata pihaknya akan jalankan operasi secara besar-besaran pada 1 Mac 2015 ke atas peniaga yang masih gagal mendaftar.