PUTRAJAYA: Kebenaran pengoperasian sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah, memerlukan perbincangan lanjut merentasi kementerian dan agensi berkaitan kerana ia tertakluk kepada keputusan dasar kerajaan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga mengambil kira pandangan daripada agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
"... ini termasuk meneroka opsyen seperti model pelaksanaan sekolah bimbingan jalinan kasih (SBJK) yang dijalankan di beberapa tempat sebagai langkah KPM dalam berhadapan dengan isu ini.
"KPM sentiasa beriltizam untuk meningkatkan mutu, kesaksamaan ekuiti dan akses pendidikan bagi semua murid," kata KPM bagai mengulas polemik berkaitan pengoperasian Iskul Sama Dilaut Omadal, berhampiran Semporna, yang dilaporkan media baru-baru ini.
Pada 30 Okt lepas, Persatuan Pendidikan Bajau Laut telah mengemukakan permohonan penubuhan institusi pendidikan swasta dalam kategori pusat bimbingan alternatif (PBA) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Bagaimanapun, menurut KPM, Malaysia bukan negara pihak kepada Perjanjian Status Pelarian 1951 atau Protokol Pelarian 1967 bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Maka penyediaan PBA adalah satu inisiatif kemanusiaan oleh kerajaan untuk pendidikan kepada kanak-kanak pelarian bagi menyediakan kanak-kanak tersebut untuk penghantaran ke negara ketiga.
"Penubuhan PBA adalah tertakluk kepada ketetapan kerajaan dengan mengambil kira aspek pematuhan undang-undang dan peraturan berkaitan pelarian iaitu Arahan MKN No. 23 - Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023) serta keselamatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Pada 30 Okt lepas, Persatuan Pendidikan Bajau Laut telah mengemukakan permohonan penubuhan institusi pendidikan swasta dalam kategori pusat bimbingan alternatif (PBA) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.- Gambar hiasan/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut - KPM
Kebenaran pengoperasian sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah, memerlukan perbincangan lanjut merentasi kementerian dan agensi berkaitan.