Kebebasan dan toleransi di Malaysia masih dalam keadaan baik walaupun ada sesetengah pihak yang lantang dan memperbesarkan isu berkaitan diskriminasi, ujar mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sebuah forum khas bertajuk The Malaysian Dilemma anjuran Centre For A Better Tomorrow (CENBET) dengan sokongan Pusat Pengajian Polisi Awam (CPPS) di ibu negara hari ini.
"Tunku Abdul Rahman dahulu percaya pada konsep perkongsian. Itulah yang menjadi dasar hala tuju negara ini," kata Tun Mahathir yang mengimbas kekuatan perpaduan antara kaum yang menjadi formula pengasasan Malaysia.
Negara ini, menurut beliau, masih dalam keadaan baik, walaupun sesekali berlaku perselisihan pendapat tentang sesuatu perkara.
"Ada pihak meminta, mendesak atau mempertikaikan sesuatu berkaitan hak, dan ia akan dibalas pula oleh kumpulan ektremis yang lain. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlanjutan," kata beliau.
Menurut Tun Mahathir, kumpulan ekstremis di negara ini banyak yang bercakap dari sudut perkauman sedangkan pentadbiran negara ini berjalan baik melalui pelbagai sebab lain.
"Hakikatnya, kumpulan ekstremis adalah minoriti. Di mana-mana pun juga ekstremis adalah minoriti. Malah IS (militan Negara Islam) juga adalah minoriti yang berdepan dengan masyarakat dunia.
"Mereka yang bersikap ekstremis ini perlu dikekang. Jika tidak, mereka akan menjadi dominan dan boleh menjejaskan urus tadbir negara," ujar beliau.
Pada masa yang sama, Tun Mahathir menyeru golongan yang mengambil sikap bersederhana agar lebih vokal menyatakan pendirian mereka supaya dapat mengimbangi pandangan golongan ektremis.
"Golongan sederhana ini membentuk kumpulan majoriti tetapi selama ini mereka banyak berdiam diri dan tidak memberi maklum balas pada perkembangan yang berlaku," kata beliau.
Tambah Tun Mahathir, Malaysia tidak boleh ditadbir mengikut acuan negara lain kerana itu sukar dilaksanakan.
"Kita ada tiga kaum utama dan 29 lagi etnik di negara ini. Akan ada banyak perkara yang akan dibangkitkan mengikut keperluan sesuatu kaum.
"Yang utama adalah kita perlu menjaga hubungan dan kepentingan setiap daripada kaum yang ada," kata beliau yang mengharapkan negara ini terus bersatu, maju dan makmur untuk tahun-tahun mendatang.
[LAGI MENYUSUL]
Hamzah Hamid
Thu Feb 12 2015
TUN MAHATHIR: Malaysia tidak boleh ditadbir mengikut acuan negara lain kerana itu sukar dilaksanakan.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
CENBET tegur kenyataan Zahid Hamidi berhubung The Edge
CENBET melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Ahmad Zahid berhubung kemungkinan menarik balik lesen percetakan kepada akhbar The Edge.