Janji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang berkata bahawa kementeriannya akan bekerjasama secara rapat dengan pihak berkuasa Thailand dan ASEANPOL bagi membantu siasatan berhubung penahanan bekas pekerja PetroSaudi, Xavier Andrea, sememangnya amat dialu-alukan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Centre For A Better Tomorrow (CENBET).

Tindakan itu dilihat dapat memberikan petunjuk kepada siasatan berhubung pelaburan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain membantu siasatan pihak berkuasa dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun CENBET melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Ahmad Zahid berhubung kemungkinan menarik balik lesen percetakan kepada akhbar The Edge.

Berikut adalah kenyataan CENBET yang dikeluarkan hari ini.

CENBET issues statement after Home Minister slams The Edge