Kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik muatan petrol RON95 dianggarkan bernilai RM21 juta menjurus kepada rompakan lanun, kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.
Beliau berkata ini kerana tiada panggilan kecemasan diterima daripada kapal itu selain tiada tanda ia menghadapi kemalangan ketika hilang pada 8.57 malam Khamis lepas.
Beliau juga menolak kemungkinan kapal itu dirampas dan anak kapal dijadikan tebusan memandangkan sehingga 3.30 petang tadi tiada mana-mana pihak menghubungi untuk meminta wang tebusan.
"Kalau kapal bocor sekalipun mesti kru kapal sempat membuat panggilan kecemasan. Jika karam atau kemalangan pasti ada tumpahan minyak.
"Tetapi setakat ini tiada tanda-tanda seperti itu. Jadi kebarangkalian kapal itu dirompak (lanun) adalah besar setakat ini," katanya pada sidang media mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal itu, di sini hari ini.
Kapal MT Orkim Harmony sedang dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan apabila ia dilaporkan hilang.
Kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa 22 orang kru dengan 16 daripadanya adalah warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.
Ahmad Puzi berkata MT Orkim Harmony adalah kapal milik syarikat Magna Meridian Sdn Bhd dan muatan petrol yang dibawa adalah milik Petronas.
Menurutnya berdasarkan modus operandi kes rompakan terdahulu, muatan minyak akan dipindahkan ke kapal lain di tengah laut dan kru akan dilepaskan untuk mengendalikan semula kapal tersebut ke pelabuhan berhampiran.
Bagaimanapun, katanya, muatan petrol RON95 dibawa kapal MT Orkim Harmony adalah sukar dan berisiko untuk dipindahkan memandangkan ia mudah terbakar.
"Kami percaya mereka masih mencari kemudahan untuk memindahkan minyak kepada pelanggan mereka," kata Ahmad Puzi sambil menambah bahan bakar kapal itu boleh bertahan selama 22 hari.
Beliau berkata kapal itu dilengkapi pelbagai alat perhubungan dan sistem pengesan yang boleh memberikan kedudukannya sepanjang masa namun sehingga kini ia gagal dikesan.
Katanya operasi SAR besar-besaran melibatkan 10 buah kapal, tiga bot dan satu pesawat milik APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kira-kira 1,500 anggota yang meliputi kawasan pencarian seluas 50,000 kilometer persegi diyakini akan membuahkan hasil sedikit masa lagi.
"Jika keadaan cuaca baik ia akan berada pada kelajuan konsisten. Kalau kapal menuju ke utara, pada ketika ini ia dijangka berada di perairan Vietnam, kalau ke timur ia akan berada di perairan Sabah.
"Tetapi jika sebelum sampai perairan Sarawak ia (kapal) belok ke kanan ia akan ke Pontianak (Kalimantan) atau lebih jauh ke Tanjung Priok berhampiran Jakarta," jelasnya.
Ahmad Puzi juga tidak menolak kemungkinan kapal itu bersembunyi di perairan kepulauan Anambas dan Natuna (Indonesia).
Sehubungan itu APMM dan TLDM telah membuat sekatan di semua laluan keluar daripada perairan negara , katanya.
Katanya APMM juga telah berhubung dengan semua pihak berkuasa negara-negara ASEAN serta mendapatkan kerjasama Amerika Syarikat dan Australia bagi menjejaki kapal itu.
Beliau berkata kehilangan kapal MT Orkim Harmony adalah kes keempat di Laut China Selatan pada tahun ini dengan tiga daripada kes itu merupakan rompakan.
Katanya APMM menyiasat kes kehilangan kapal itu daripada semua sudut termasuk latar belakang anak kapal serta laluan kapal tersebut.
Sehubungan itu beliau menggesa semua syarikat perkapalan untuk membuat laporan kepada pihaknya secepat mungkin sekiranya berlaku kecemasan atau kehilangan kapal bagi memudahkan pencarian.
Berikut senarai anak kapal MT Orkim Harmony:-
MALAYSIA
Nor Fazly Sahat, 39 (Kapten)
Mohd Kholil Ashari Mohd Rozar, 27
Mohd Awis Aiman Abdullah, 26
Mohd Nur Firdaus Nawawi Akihito, 24
Ooi Jan Tong, 64
Nurul Hafis Abdul Rauf, 34
Khaw Hock Aun,61
Muhammad Hasren Ellaney Mohd Nasir, 24
Ariff Adnan Mohd Tajudin, 24
Nor Zaini Ahmad Bustaman, 22
Osman Khalid, 23
Amirul Azim Zabarudin, 21
Mohd Ridzuan Suhaimi, 23
Mohamad Adib Jamaludin, 22
Tan Chee Hau, 23
Muhammad Aiman Shafiz Marzuki, 20
INDONESIA
Bambang Suryawan, 43
Iwan Asriadi, 39
Nelson Hasiholan Sitorus, 35
Ntan Kombongan, 30
Mawit Matin, 46
MYANMAR
Myint Oo, 49
Bernama
Mon Jun 15 2015
Kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa 22 orang kru dengan 16 daripadanya adalah warga Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang warga Myanmar.
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Permohonan ekstradisi suspek rompak MT Orkim Harmony dilulus mahkamah Vietnam
Lapan lelaki Indonesia itu ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu di selatan negara itu ketika cuba meloloskan diri daripada pemburuan.
APMM bekerjasama dengan TNI bagi dalami kes MT Orkim Harmony
APMM akan menghantar pegawai ke Indonesia dalam masa terdekat untuk berbincang lebih lanjut berhubung penahanan perancang utama dalam kes melarikan kapal tangki MT Orkim Harmony.
Orkim Harmony: Anak kapal warga Indonesia ditembak kerana melawan
Anak kapal MT Orkim Harmony cedera ditembak lanun ketika sedang membuka pintu untuk membuang sampah pada 11 Jun lepas, kata Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Hermono.
Malaysia mohon lapan suspek rampas MT Orkim Harmony diekstradisi - Ahmad Zahid
Pihak berkuasa Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi lapan suspek perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony diekstradisi ke negara ini.
Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.
Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia ditemui, identiti sedang dikenal pasti
Lapan warga Indonesia ditemui berhampiran Pulau Tho Chu, Vietnam sekitar jam 6:30 pagi tadi.
Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
Kapten kapal tangki MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat mendedahkan bahawa beliau diugut dan keluarganya diancam ketua lanun.
Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang minggu lalu dilaporkan telah berjaya diselamatkan dan dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi.
Perampas MT Orkim Harmony cuba lari, belayar ke Pulau Natuna, Indonesia
Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan perampas untuk melepaskan diri.
Kebarangkalian kapal tangki MT Orkim Harmony dirompak lanun - APMM
Kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik muatan petrol RON95 menjurus kepada rompakan lanun.