Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Soiman Jahid berkata semua hospital berkenaan ini dalam proses menaiktaraf sistem perlindungan kebakaran di premis mereka.
"Data yang ditunjukkan sebelum ini bukan bermaksud mereka tidak memiliki Sijil Kebakaran (FC), tetapi kesemuanya masih dalam proses mendapatkan pensijilan bomba sebab hospital-hospital ini adalah hospital lama yang telah dibina sejak zaman sebelum merdeka.
"Sebenarnya hospital ini telah memohon pensijilan bomba tetapi hanya akan diluluskan selepas semua kerja naiktaraf yang membabitkan kelengkapan sistem perlindungan kebakaran," katanya secara eksklusif di Awani745 pada Rabu.
Jelasnya lagi, semua hospital baru (yang berusia antara lima hingga 10 tahun) telah pun mempunyai sistem perlindungan kebakaran.