KUALA LUMPUR: Kebanyakan berita salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah oleh pengendali akaun Twitter @edisi_siasatmy di media sosial, adalah berita yang sengaja diada-adakan, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata akaun media sosial berkenaan dibuat bagi mewujudkan satu suasana sensasi dengan menyiarkan berita-berita mengenai penyelewengan dalam kalangan agensi kerajaan.
"Sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka melibatkan akaun Twitter berkenaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenal pasti individu yang berada di sebalik akaun media sosial tersebut," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 di sini, hari ini.
BACA: Twitter Edisi Siasat: Bukit Aman terima 11 laporan
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, selain mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah dan terlibat dengan rasuah.
Sebelum ini, PDRM menerima 11 laporan polis daripada individu yang dikaitkan dengan dakwaan kes salah guna kuasa dan rasuah, menerusi pendedahan akaun Twitter tersebut.
Acryl Sani berkata dakwaan melibatkan PDRM diserah kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, untuk disemak kebenarannya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata PDRM akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dipatuhi semua pihak.
"Pada malam nanti, insya-Allah saya akan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negeri, mengenai SOP dan gerak kerja bagi polis memastikan setiap panduan dilaksanakan sebaik mungkin, sepanjang tempoh PRN," katanya.
PRN Melaka bermula hari ini dengan proses penamaan calon dan tarikh mengundi ditetapkan pada 20 Nov depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021

Acryl Sani berkata akaun media sosial berkenaan dibuat bagi mewujudkan satu suasana sensasi dengan menyiarkan berita-berita mengenai penyelewengan dalam kalangan agensi kerajaan. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.

Dakwaan terima sogokan: Dua anggota polis PJ telah direkod keterangan
Dua anggota polis Petaling Jaya yang videonya tular kerana didakwa mengambil sogokan daripada dua lelaki warga asing telah diambil keterangan.

Kebocoran maklumat di Edisi Siasat: 'Kami tak dapat sahkan kesahihan' - Peguam
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin belum menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung kebocoran gambar dan beberapa butiran.

Pemilik Twitter 'Edisi Siasat' diminta tampil kemuka bukti dakwaan - KPN
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pengendali akaun itu perlu membuktikan dakwaan berkenaan.

PDRM digesa siasat dakwaan akaun Twitter dakwa pegawai kanan terbabit rasuah - Musa
PDRM digesa menyiasat kenyataan dimuat naik oleh pengguna akaun Twitter dikenali sebagai '@edisi_siasatmy' yang mendakwa segelintir pegawai kanan PDRM yang dipercayai terlibat rasuah.

Selamat tinggal ntv7, anda akan dirindui, kata warga maya
Saluran yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bagi mereka yang lahir sekitar tahun 1980-an akan diganti dengan DidikTV KPM.