Pihak pengurusan i-City yakin ketibaan pelancong ke taman tema digital itu tidak akan terjejas sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 berikutan kebakaran yang berlaku di muzium lilin The Red Carpet pada Rabu lepas yang disebabkan perbuatan khianat.
Timbalan Pengerusi I-Berhad, pemaju i-City, Datuk Eu Hong Chew berkata kerja-kerja mengganti dan membina semula 10 buah patung lilin yang musnah akibat kebakaran itu sedang giat dijalankan dan dijangka dapat dibuka semula untuk orang ramai dalam masa dua bulan lagi.
"Walaupun kejadian kebakaran itu mengakibatkan kami kerugian jutaan ringgit, namun kita akan tetap bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia untuk membuka semula muzium lilin yang merupakan satu produk ikon yang dipromosi kepada pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
"Kami percaya ketibaan pelancong ke i-City tidak akan terjejas berikutan insiden ini sebab i-City mempunyai tarikan lain seperti rumah salji dan taman tema yang berpotensi besar untuk menarik pelancong," katanya kepada pemberita di i-City di sini Selasa.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di muzium itu menunjukkan tiga individu memasuki muzium itu melalui pintu masuk yang digunakan pengawal keselamatan i-City dan bertindak membakar ruang pameran dan beberapa patung lilin di muzium itu.
Eu berkata patung lilin yang musnah antaranya ialah ikon antarabangsa seperti Mao Zedong, presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Tunku Abdul Rahman selain bintang selebriti termasuk Jackie Chan.
Beliau turut menepis dakwaan bahawa kejadian itu berpunca daripada persaingan perniagaan dan menambah pihak i-City akan memperketat kawalan keselamatan di kesemua tarikannya dalam masa akan datang.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Selangor, Arshad Mustapa yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata pihaknya akan tetap membantu i-City mempromosi muzium The Red Carpet yang menempatkan 100 patung lilin yang merupakan sebahagian daripada ikon yang dipromosi di Selangor sempena TMM 2014.
Beliau berkata pihaknya akan turut memantau kerja-kerja pembaikan di muzium itu dan juga ketibaan pelancong ke situ setiap minggu.
Bernama
Tue Feb 04 2014

Patung Lilin Queen Elizabeth merupakan antara patung lilin yang terjejas dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada perbuatan di Red Carpet i-City. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Pendedahan Melanyi: Polis tidak tolak kemungkinan tahan pihak terlibat
Polis tidak menolak kemungkinan menahan beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

Potret sendiri 3D satu realiti akhir Mei ini
Dalam teknologi canggih, potret sendiri 3D menjadi satu realiti dalam tempoh kurang 10 minit di Red Carpet@i-City akhir Mei ini.

Muzium lilin pertama Asia Tenggara akan dibuka di i-City
Orang ramai berpeluang menyaksikan secara dekat ikon terkenal dunia apabila muzium lilin yang pertama di Asia Tenggara dibuka di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri lancar logo 'BN Friendly'
Sempena Karnival Sayangi Selangor Timbalan Perdana Menteri melancarkan logo 'Barisan Nasional Friendly' yang dilihat mampu memberikan impak yang besar terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.