KUCHING: Kerja-kerja memulihkan sistem dan perkhidmatan dalam talian kerajaan Sarawak yang tergendala akibat kebakaran di bilik server di Wisma Bapa Malaysia di sini malam Khamis, dijangka selesai Isnin ini.
Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), syarikat teknologi maklumat (IT) milik kerajaan negeri, dalam kenyataan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan para pakarnya telah bekerja 24 jam sejak insiden itu dengan sebahagian sistem yang kritikal berjaya dipulihkan.
"Kami akan meneruskan usaha untuk memastikan sebahagian besar sistem dan perkhidmatan kembali berfungsi menjelang Isnin ini," menurut kenyataan itu.
BACA: Aplikasi e-tunai S Pay tergendala, bilik server terbakar
Sementara itu, Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan kebakaran dilaporkan oleh orang awam pada 7.13 malam Khamis selepas asap tebal dilihat keluar dari salah satu daripada 22 tingkat bangunan pusat pentadbiran negeri itu.
Bekalan elektrik di bangunan itu diputuskan pada 8.28 malam sebelum anggota bomba dapat memasuki bilik server dan memadamkan api.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
![Kebakaran bilik server: Sistem, perkhidmatan dalam talian Sarawak pulih Isnin Kebakaran bilik server: Sistem, perkhidmatan dalam talian Sarawak pulih Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653688565_terbakar.jpg)
Kebakaran dilaporkan oleh orang awam pada Khamis malam selepas asap tebal dilihat keluar dari salah satu daripada 22 tingkat bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching. - Foto Astro AWANI
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Perkhidmatan dalam talian alami gangguan, Maybank mohon maaf Perkhidmatan dalam talian alami gangguan, Maybank mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690267920_Maybank.jpg)
Perkhidmatan dalam talian alami gangguan, Maybank mohon maaf
Maybank dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas.
![MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688742722_MYEG.jpg)
MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.
![Kebakaran bilik server: Sistem, perkhidmatan dalam talian Sarawak pulih Isnin Kebakaran bilik server: Sistem, perkhidmatan dalam talian Sarawak pulih Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653688565_terbakar.jpg)
Kebakaran bilik server: Sistem, perkhidmatan dalam talian Sarawak pulih Isnin
Pakarnya bekerja 24 jam sejak insiden itu dengan sebahagian sistem yang kritikal berjaya dipulihkan.
![Tabung Haji perkenal perkhidmatan pindahan dana menerusi JomPAY Tabung Haji perkenal perkhidmatan pindahan dana menerusi JomPAY](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608008150_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji perkenal perkhidmatan pindahan dana menerusi JomPAY
Pendeposit dapat memindahkan dana daripada akaun simpanan atau semasa bank kepada akaun simpanan TH melalui platform perbankan Internet.
![COVID-19: SSM saran orang ramai guna perkhidmatan dalam talian COVID-19: SSM saran orang ramai guna perkhidmatan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505296009_SuruhanjayaSyarikat.jpg)
COVID-19: SSM saran orang ramai guna perkhidmatan dalam talian
SSM dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan ia sebagai antara langkah bagi mengekang penyebaran COVID-19.