PUTRAJAYA: Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dengan memperbaiki kepincangan dari segi pelaksanaannya dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata hal ini kerana matlamat utama kongres itu adalah untuk menstruktur semula penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi di negara ini dan memastikan ia dilakukan dengan lebih telus dan terbuka.
"Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) yang diketengahkan sebagai satu dasar bagi mengorak langkah ke hadapan tidak menggantikan DEB.
"Sebaliknya, Kongres ini untuk melihat kejayaan yang telah dicapai termasuklah penubuhan agensi-agensi kerajaan hasil daripada KEB pertama dan kedua serta menilai semula kejayaan, kegagalan dan kelemahan, di mana yang perlu dibaiki," katanya selepas majlis perasmian KEB 2024 di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan kongres tiga hari itu di Pusat Konvensyen Putrajaya yang antara lain bertujuan mencari hala tuju serta pendekatan baharu dan penambahbaikan agenda pemerkasaan bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.
KEB 2024 dianjurkan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata dasar-dasar memperkasakan ekonomi bumiputera perlu ditransformasikan mengikut perkembangan semasa agar bergerak seiring dengan kepesatan ekonomi dunia dan digital.
Katanya, KEB 2024 merupakan usaha kerajaan menghidupkan semula ekonomi bumiputera sekali gus membesarkan "kek ekonomi negara" agar penstrukturan semula dapat dilakukan secara telus dan terbuka.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata KEB 2024 merupakan persiapan baharu untuk rakyat Malaysia khususnya bumiputera dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia yang dilihat sedang bergolak dari segi gerakan.
Justeru, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata dasar pendekatan baharu dan resolusi yang diterima nanti memerlukan satu kajian terperinci.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang pula berkata KEB 2024 menekankan transformasi ekonomi bumiputera memandangkan kumpulan itu masih belum mencapai sasaran yang diidamkan walaupun pemerkasaan ekonomi sudah lama menjadi agenda utama.
Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata penyertaan bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi khususnya di Sabah dan Sarawak harus dilipatgandakan, contohnya ekonomi baharu seperti pembangunan hidrogen dan alga sebagai sumber tenaga baharu di Sarawak.
Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata MARA dilahirkan menerusi KEB pertama pada 1965 perlu diperkukuh dalam memastikan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera dalam sektor ekonomi dapat diperkasa.
Beliau berkata MARA mempunyai ekosistem yang besar melibatkan pendidikan, pembangunan usahawan dan ekonomi serta pelaburan yang diberi bajet sebanyak RM3.9 bilion setiap tahun, akan memastikan resolusi yang terhasil daripada KEB 2024 dipantau, diselaras dan dinilai agar agenda pemerkasaan bumiputera berjaya.
Sementara itu, pemerhati daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Dr Tricia Yeoh berkata KEB 2024 bersifat inklusif kerana perkembangan ekonomi negara bukan sahaja melibatkan bumiputera, tetapi juga kaum minoriti lain agar ekonomi negara dapat berkembang secara keseluruhan.
"Sebagai badan pemikir, perkembangan ekonomi bumiputera penting memandangkan komuniti itu merupakan majoriti di negara ini. Sekiranya tidak maju dalam pelbagai bidang, bagaimana negara bertumbuh dan pesat membangun?" katanya.
Penasihat Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata saranan Ahmad Zahid untuk memperkasa bumiputera melalui dasar Transformasi Ekonomi Bumiputera, dilihat mampu memperjelas hala tuju atau pendekatan yang akan diambil kerajaan dalam konteks keadilan sosioekonomi, kemampanan negara bangsa serta kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat, tanpa mengetepikan kaum lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui media pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.

KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.

Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.

Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.

Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.

Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.

PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

KEB untuk nilai transformasi ekonomi bumiputera, bukan ganti DEB - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.