KUCHING: Penekanan kepada keadilan untuk semua tanpa mengira agama sepertimana digariskan di bawah Piagam Madinah akan menjadi asas kepada Kerajaan Sarawak dalam merangkan dasar di negeri ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata piagam yang turut dikenali sebagai Perlembagaan Madinah memberikan tadbir urus yang adil kepada rakyatnya dan mengutamakan nilai kemanusiaan.
"Apabila Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda menubuhkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, kepada orang Islam dan bukan Islam.
Perlembagaan itu (Madinah) akan menjadi panduan kami. Kami perlu berlaku adil terhadap mereka di bawah kami, selaku Premier Sarawak, saya dan rakan seperjuangan akan menggunakan ini sebagai asas untuk merangka dasar yang memanfaatkan semua," kata beliau dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Cendekiawan Islam selama dua hari yang bermula hari ini.
Perlembagaan Madinah merupakan satu perjanjian yang dihasilkan Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai golongan bagi membina kefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka selain daripada saling menghormati.
Sementara itu, Abang Johari berkata di Sarawak semua agama dihormati dan mendapat perhatian kerajaan.
"Kami ada Jabatan Agama Islam Sarawak yang menjaga orang Islam dan kami juga ada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk membantu mereka yang bukan Islam. Ini adalah kerana kami menghormati yang bukan Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) selepas merasmikan Ijtimak Ilmuwan Islam Antarabangsa sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Kompleks Islam Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Ribuan sertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Sabah dan Sarawak
Abang Johari dalam ucapannya pada majlis itu berkata Sarawak akan menjadikan Piagam Madinah yang dicetuskan Nabi Muhammad SAW sebagai asas dalam merangka dasar di negeri itu.

Keadilan Piagam Madinah untuk semua akan jadi asas dasar Sarawak - Abang Jo
Penekanan kepada keadilan untuk semua tanpa mengira agama sepertimana digariskan di bawah Piagam Madinah akan menjadi asas kepada Kerajaan Sarawak dalam merangkan dasar di negeri ini.

Pemimpin UMNO, Pas perlu teliti fasal 'Piagam Madinah' dalam perjanjian Muafakat Nasional - Annuar
Fasal itu menuntut pemimpin kedua-dua parti supaya kembali merujuk kepada al-Quran dan hadis, sekiranya berdepan kebuntuan atau masalah.