KUALA LUMPUR: Keadaan tenaga buruh negara semakin baik pada Disember 2021 dengan kadar pengangguran yang lebih rendah dicatatkan iaitu 4.2 peratus dengan 687,600 penganggur, sementara guna tenaga terus meningkat, menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Pandemik COVID-19 yang melanda ekonomi global untuk tahun kedua berturut-turut, telah menghalang pemulihan pasaran buruh secara penuh dan seimbang, katanya dalam satu siaran media mengenai Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2021 yang dikeluarkan semalam.
Beliau berkata bagi menangani situasi itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk memastikan kesihatan awam dilindungi dan membolehkan ekonomi negara dibuka semula secara berperingkat menerusi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pada Disember lepas, penduduk bekerja terus meningkat dengan peningkatan marginal sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 15.65 juta orang daripada 15.61 juta orang pada November 2021.
"Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan keupayaan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga mencatatkan sedikit peningkatan kepada 66.1 peratus (66.0 peratus pada November 2021)," katanya.
Beliau berkata guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kekal tinggi bagi bulan keenam, selain sektor pembuatan dan pembinaan merekodkan pertumbuhan positif bagi lima bulan berturut-turut, manakala guna tenaga dalam sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian terus menurun sejak Ogos 2020.
Mengulas mengenai situasi pengangguran pada Disember lepas, beliau berkata mengikut kategori pengangguran, penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 83.8 peratus daripada jumlah penganggur.
"Kumpulan ini mencatatkan penurunan sebanyak 0.9 peratus kepada 576,500 ribu orang (daripada 581,800 pada November 2021). Penganggur kurang dari tiga bulan meliputi 55.9 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah 7.6 peratus," katanya.
Menurutnya, secara keseluruhan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun lepas meningkat 0.2 mata peratus kepada 68.6 peratus, berbanding 68.4 peratus pada tahun 2020.
"Di Malaysia, kesan daripada pandemik COVID-19 menyebabkan pemulihan ekonomi sedikit terganggu dan ia juga menjejaskan pemulihan semula keseluruhan pasaran buruh, memandangkan pemulihannya berkadar terus dengan prestasi ekonomi," katanya.
Beliau berkata aktiviti perniagaan dan sosial beroperasi pada kapasiti penuh dan lebih banyak aktiviti perjalanan di dalam dan luar negara apabila semua negeri berada dalam Fasa 4 PPN bermula Januari tahun ini.
Justeru, katanya, perkembangan positif itu memberi isyarat bahawa pasaran buruh dijangka bertambah baik pada bulan-bulan akan datang, bagaimanapun hal itu tidak mengambil kira cabaran varian baharu dan lebih berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
![Keadaan tenaga buruh negara semakin baik, kadar pengangguran rendah mulai Dis 2021 Keadaan tenaga buruh negara semakin baik, kadar pengangguran rendah mulai Dis 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643955934_KetuaPerangkawanD.jpg)
Mohd Uzir berkata, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kekal tinggi bagi bulan keenam, selain sektor pembuatan dan pembinaan merekodkan pertumbuhan positif bagi lima bulan berturut-turut. - Gambar fail
![Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723221611_TBMICHELE.jpg)
Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh lakar sejarah sampaikan pingat pemenang 3m papan anjal
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat di Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Move Forward Party yang dibubarkan bentuk parti rakyat
Mesyuarat yang berlangsung selama lebih dua jam itu telah memilih jawatankuasa eksekutif parti baharu termasuk Natthaphong Ruangpanyawut sebagai ketua parti dan Sarayut Jailak sebagai setiausaha agung.
10 terbunuh, 35 cedera di timur Ukraine
Imej dari lokasi kejadian menunjukkan kerosakan teruk bangunan dan sebuah bas.
205 pekerja bantuan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt - UNRWA
Agensi PBB melaporkan bahawa serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza mengakibatkan korban orang awam, perpindahan orang ramai dan kemusnahan struktur kediaman dan infrastruktur awam.
EU salur €43 juta untuk gaji pihak berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan 34 juta euro untuk membantuk pihak berkuasa Palestin (PA) membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di tebing barat, menurut agensi berita Palestin (WAFA).
'Jangan boikot Pestabola Merdeka' - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya tidak memboikot Pestabola Merdeka 2024.
Rafizi ajak Wan Ahmad Fayhsal berdebat
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kemas kini di laman X berkata, isu tersebut perlu dibahaskan kerana ia idea yang paling bernas mengenai ekonomi yang pernah datang daripada Perikatan Nasional (PN).
Wanita cedera diserang ketika hendak menunaikan solat
Seorang wanita cedera apabila diserang ketika di dalam tandas sebuah madrasah. Wanita berkenaan dipercayai singgah sebentar untuk menunaikan solat Zohor.
PM ucap tahniah kepada Muhammad Yunus
Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pengalaman luas yang dimiliki oleh Muhammad akan memberi jaminan untuk membimbing Bangladesh dengan bijaksana dan integriti.
![JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0 JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723220405_TBLIGASUPER.jpg)
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
![Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.
![Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717218610_pekerja.jpg)
Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.
![Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715574193_penganggurjpg.jpg)
Bilangan penganggur terus menurun 0.1% pada Mei 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus menurun pada Mei lalu pada jumlah 566.1 ribu orang, dengan kadar kekal 3.3 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600405933_work.jpg)
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.
![Bilangan penganggur berkurang kepada 580,700 pada 2023 - DOSM Bilangan penganggur berkurang kepada 580,700 pada 2023 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708072446_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Bilangan penganggur berkurang kepada 580,700 pada 2023 - DOSM
Mohd Uzir berkata ia mencerminkan perkembangan ekonomi yang bertambah baik sepanjang suku keempat 2023.
![MWGF 2023 - Kesaksamaan jantina bermula dengan empati MWGF 2023 - Kesaksamaan jantina bermula dengan empati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703194672_TBMWGF.jpg)
MWGF 2023 - Kesaksamaan jantina bermula dengan empati
Beban tanggungjawab seharusnya digalas dengan saksama antara lelaki dan wanita, dan untuk membolehkan ia berlaku, perlunya wujud sebuah ekosistem yang sejagat dan menyeluruh.
![Tenaga buruh berkemahiran penting untuk sektor automotif Malaysia Tenaga buruh berkemahiran penting untuk sektor automotif Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685530652_Pelajarteknikal.jpg)
Tenaga buruh berkemahiran penting untuk sektor automotif Malaysia
Kemahiran tenaga buruh automotif di negara ini wajar dipertingkatkan untuk menghadapi peralihan industri daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV).
![Bilangan penganggur turun, kadar kekal 3.4 peratus pada Ogos Bilangan penganggur turun, kadar kekal 3.4 peratus pada Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694418536_DatukSeriMohdUzir.jpg)
Bilangan penganggur turun, kadar kekal 3.4 peratus pada Ogos
Bilangan penganggur menurun 0.3 peratus pada Ogos lepas kepada 577,300 orang berbanding 579,200 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus.
![Kadar pengangguran pada Januari kekal, bilangan penganggur menurun - DOSM Kadar pengangguran pada Januari kekal, bilangan penganggur menurun - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678351126_TBFACEMASK.jpg)
Kadar pengangguran pada Januari kekal, bilangan penganggur menurun - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada Januari juga meningkat 0.2 peratus dengan merekodkan 16.16 juta orang berbanding 16.13 juta orang pada Disember.
![KPWKM perbanyak usaha perkasa wanita dalam tenaga buruh, kesaksamaan jantina KPWKM perbanyak usaha perkasa wanita dalam tenaga buruh, kesaksamaan jantina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672679313_MenteriPembangunan.jpg)
KPWKM perbanyak usaha perkasa wanita dalam tenaga buruh, kesaksamaan jantina
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperbanyakkan usaha bagi menyokong penglibatan wanita secara produktif dalam pasaran kerja.