Keadaan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini pagi semalam akibat serangan strok, telah bertambah baik, demikian menurut doktor yang merawatnya.
Pakar Perubatan dan Neurologi Hospital KPJ Ipoh, Datuk Dr Zakaria Kadir berkata, keadaan Harussani, 81, ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira pukul 9 pagi semalam agak teruk termasuk lemah sebelah kanan badan serta sukar bercakap.
"Alhamdulillah, petang semalam beliau dah mula beri reaksi dan hari ini bertambah baik, boleh bercakap beberapa perkataan serta ada reaksi emosi berbanding semalam," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamaruddin melawat Harussani di sini, hari ini.
Dr Zakaria berkata, selain memberikan ubat rehat kepada Mufti Perak itu kerana keadaannya yang keletihan, beliau turut memberikan rawatan untuk memulihkan saluran darah dan rawatan bagi penyakit lain termasuk darah tinggi.
Beliau berkata, Harussani mungkin akan terus dirawat di dalam ICU sekurang-kurangnya tiga hari lagi jika Mufti Perak itu terus menunjukkan perkembangan positif sebelum dipindahkan ke wad biasa untuk rawatan dan pemulihan.
Sementara itu, Mohd Akmal berharap agar rakyat sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan tokoh agama Perak tersebut selain meminta masjid serta surau untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin.
"Kita masih lagi memerlukan khidmatnya, seorang tokoh, ulama di negeri Perak yang banyak jasanya," katanya.
Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun pusat antaranya Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran; Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. - BERNAMA
BACA: Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital akibat strok
Bernama
Mon Aug 24 2020
Keadaan Dr Harussani bertambah baik, boleh bercakap beberapa perkataan serta ada reaksi emosi berbanding semalam. - Gambar fail
#AWANIRingkas 11 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Januari 2025
1️⃣ Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
2️⃣ Kerajaan tidak pernah sorok - PM
3️⃣ Akta berkaitan politeknik ditambah baik
#awaniringkas
1️⃣ Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
2️⃣ Kerajaan tidak pernah sorok - PM
3️⃣ Akta berkaitan politeknik ditambah baik
#awaniringkas
PGA tumpaskan kegiatan seludup haiwan bernilai lebih RM500,000
PGA Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan iaitu lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong.
AWANI 7:45 [11/1/2025] – PM nafi sorok Titah Adendum| Banjir acara tahunan| Ugutan jenayah
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Dzulfitri Yusof
1. Titah Adendum: "Kenapa yang salahnya saya?" - PM
2. 25 tahun penduduk hadapi banjir, tiada pemimpin mampu selesai masalah
3. Anak menteri tidak kebal undang-undang, Saifuddin serah kes anak kepada polis
4.. PLKN bermula esok, konsep dan format baharu
1. Titah Adendum: "Kenapa yang salahnya saya?" - PM
2. 25 tahun penduduk hadapi banjir, tiada pemimpin mampu selesai masalah
3. Anak menteri tidak kebal undang-undang, Saifuddin serah kes anak kepada polis
4.. PLKN bermula esok, konsep dan format baharu
'Pentadbiran Los Angeles kecewakan kami', kata Ketua Jabatan Bomba
Pemotongan belanjawan sebanyak AS$17 juta untuk jabatan bomba memberi kesan negatif terhadap keupayaan agensi itu memadamkan kebakaran.
Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.
Nahas pesawat Korea Selatan: Kotak hitam gagal berfungsi selama 4 minit terakhir
Penyimpanan data dalam kedua-dua peranti itu terhenti kira-kira empat minit sebelum pesawat tersebut merempuh sebuah 'localiser'.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Agenda AWANI Asia: Usaha ke arah kedamaian dan pembangunan dunia
Sejauh mana kepentingan memelihara kedamaian dan memacu pembangunan perlu dikekalkan kalangan negara-negara di dunia? Ikuti diskusi dan analisis mengenai cabaran ke arah kedamaian dan pembangunan dunia dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keadaan Mufti Perak bertambah baik
Keadaan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini pagi semalam akibat serangan strok, telah bertambah baik, demikian menurut doktor yang merawatnya.