Datuk Rizal Mansor menafikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan sebagai saksi utama terhadap bekas majikannya, Datin Seri Rosmah Mansor pada perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri itu berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Bekas pegawai khas Rosmah itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam tertuduh Datuk Jagjit Singh bahawa beliau telah membuat perjanjian dengan pihak pendakwaan atas pertimbangan bahawa empat pertuduhan terhadapnya akan digugurkan dan beliau akan dibebaskan daripada semua pertuduhan tersebut.
Jagjit: Sudah terang lagi bersuluh bahawa anda telah melakukan konspirasi jenayah dengan pihak pendakwaan serta membuat perjanjian dengan mereka untuk menjadi saksi utama yang memberi keterangan terhadap Datin Seri Rosmah, atas pertimbangan pendakwaan menarik balik keempat-empat pertuduhan yang dikenakan ke atas anda dan anda dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
Rizal: Tidak Yang Arif.
Saksi pendakwaan ke-21 itu memberi keterangan pada perbicaraan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Pada 8 Januari lepas, mahkamah telah melepas dan membebaskan Rizal, 46, daripada empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5.5 juta bagi dirinya sendiri serta Rosmah berhubung projek solar hibrid itu selepas pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan terhadapnya.
Kepada soalan Jagjit mengenai pertuduhan yang dihadapinya sebelum ini, saksi itu yang diletak di bawah program perlindungan saksi berkata wang yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah sumbangan politik.
“Empat pertuduhan terhadap anda ialah meminta dan menerima rasuah untuk diri sendiri dan anda masih mahu mahkamah percaya bahawa ia adalah sumbangan politik,” kata Jagjit dan saksi itu menjawab ya.
Soalan itu diajukan pihak pembelaan selepas Rizal sebelum ini menafikan semua pertuduhan terhadapnya apabila beliau minta dibicarakan namun telah mengaku meminta dan menerima wang tersebut dalam penyataan saksi.
Saksi itu turut disoal berkaitan gaji dan asetnya oleh Jagjit dan beliau mengaku memiliki beberapa buah kereta mewah seperti Audi, BMW dan Mercedez Benz serta sebuah rumah bernilai RM3.5 juta.
Jagjit: Dengan jawatan gred 48 sebagai pegawai khas, gaji anda kira-kira RM7,000 dan dengan gaji sebanyak itu, anda memiliki Audi, BMW, Mercedes Benz dan sebuah rumah bernilai RM3.5 juta.
Rizal: Setuju.
Jagjit: Semuanya dibeli dengan wang rasuah.
Saksi itu juga mengaku bahawa beliau telah ditaja oleh Saidi dan rakan kongsi perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah ketika beliau ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 2016 dan 2017 namun menafikan bahawa beliau telah dibiayai sepenuhnya.
Jagjit: Saya katakan kepada anda, tak malukah kita nak pergi ke Tanah Suci kita guna wang rasuah tajaan orang lain.
Rizal: Tidak.
Jagjit: Anda ke sana menggunakan menggunakan wang rasuah?
Rizal: Itu adalah sumbangan politik.
Jagjit: Berdasarkan pengakuan anda, saya katakan anda adalah orang yang paling tidak jujur, keji dan hina dalam keseluruhan kes ini, anda korup dan anda yang paling teruk.
Rizal: Tidak.
Rosmah, 68, didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Rosmah Mansor hadir bagi sambung perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya berhubung projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Gambar BERNAMA
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
"Ke Mekah guna sumbangan politik, bukan wang rasuah" - Bekas pegawai Rosmah
Rizal nafi ke Mekah guna wang rasuah, sebaliknya, ditaja oleh Saidi dan rakan kongsi perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah.
SPRM tahan pegawai khas bekas menteri disyaki dalang atur projek
Lelaki bergelar Datuk berumur 50 tahun itu ditahan pada kira-kira 12 tengah hari Isnin di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
Kes tenaga solar di Sarawak: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.
Bekas pegawai khas kepada Menteri Pertahanan mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah
Bagaimanapun, Zailan Jauhari mengaku tidak bersalah terhadap atas tuduhan yang didakwa berlaku pada Januari 2014.