SAYA membuat ulasan dalam seratus tahun kebelakangan ini tanpa menoleh jauh lebih ke belakang.
Negara-negara Eropah menghadapi peperangan sesama sendiri menjelang perang dunia pertama dan perang dunia kedua.
Kebanyakannya mengamalkan liberal-kapitalis dalam sistem ekonomi mereka dan kebebasan untuk manusia.
Selepas perang dunia kedua, negara-negara Eropah berjaya menyatukan kedudukan mereka dan akhirnya mereka menubuhkan Kesatuan Eropah (EU).
Antaranya EU ini bertujuan untuk memajukan negara-negara Eropah yang kurang maju atau dipanggil “shared prosperity” (kemakmuran bersama).
Maka kesatuan negara-negara Eropah ini berjaya terutamanya dalam ekonomi dan sosial.
Negara-negara besar dan penduduknya ramai seperti United Kingdom (UK), Jerman dan Perancis memainkan peranan utama dalam EU.
Akhirnya EU yang berpusat di Brussels memainkan peranan untuk melebarkan pengaruh dan juga memberi kekuatan ekonomi kepada negara-negara Eropah.
Mereka berjaya menguasai sebahagian besar daripada dunia ini dan melebarkan pengaruh terutamanya dalam sistem politik dan ekonomi.
EU juga bersama dengan Amerika Syarikat (AS) menguasai sebahagian besar daripada negara-negara di dunia.
Pengaruh EU dan AS melebar begitu meluas dan kuasa tentera mereka amat hebat terutama sekali Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Perjanjian ketenteraan di kalangan negara-negara Eropah dan AS termasuk negara Turki yang berada di dalamnya, menjadikan EU maju dan begitu hebat.
Terdapt satu lagi blok negara-negara yang mengamalkan ideologi yang disebut sebagai Sosialis atau Komunis.
Walaupun kita tidak dapat menerima ideologi mereka, tidak menerima cara pemikiran mereka, tetapi negara-negara ini dengan begitu hebat menguasai rakyatnya melalui “doktrin” pejuangan mereka.
Ini menyebabkan Rusia menguasai Soviet Union atau Kesatuan Soviet yang menguasai negara-negara yang begitu luas, walaupun ia kemudiannya berpecah.
Kesatuan Soviet berpecah melahirkan lapan negara merdeka yang lain, akan tetapi Rusia tetap teguh dan kukuh serta mengusai pemikiran sebahagian besar daripada rakyat di dunia ini.
Rusia juga menjadi negara yang begitu kuat terutamanya dalam bidang ketenteraan dan ekonomi.
Sementara China pula sebuah negara yang tidak aman pada satu ketika dahulu, berada dalam keadaan huru hara akibat pertentangan antara ketua-ketua di peringkat negeri atau jajahan dan berterusan dengan begitu lama.
Kucar-kacir China itu menyebabkan Jepun dapat menguasai sebahagian besar negara itu. Sebelum itu juga British pernah menguasai China.
Kita boleh melihat peninggalan sejarah penguasaan British di Shanghai yang begitu hebat sampai ke hari ini.
Kekacauan dalaman menyebabkan China dapat dikuasai oleh British dan kemudiannya Jepun.
Akan tetapi di bawah Mao Tze Tung dengan “long march”dan rakan-rakannya berjaya menyatukan seluruh China.
Walaupun menggunakan ideologi Komunis yang keras, walaupun kita tidak bersetuju dengan ideologi itu, Mao dan rakan-rakannya berjaya menyatukan rakyat China di bawah satu republik kecuali Taiwan.
Ini disebabkan Cheang Kai Shek melarikan diri dan mewujudkan negara liberal-demokrasi di Taiwan.
Kedua-dua negara itu berlumba untuk mengejar kuasa dan kemajuan akhirnya kita lihat pada abad ini, China muncul sebagai sebuah kuasa besar ekonomi dan juga kuasa ketenteraan.
Mao berjaya menyatukan rakyat China walaupun dengan menggunakan kekerasan.
Selepas Mao, pemimpin China Deng Xiaoping pula melancarkan pembaharuan ekonomi.
Sehingga hari ini di bawah kekuasaan Parti Komunis China (PKC), China dimodenkan menjadi negara kuasa ekonomi dan ketenteraan serta sedang bersaing dengan AS untuk merebut tempat yang pertama.
Taiwan pula terus maju sebagai negara di bawah naungan dan pengaruh AS serta negara-negara barat. Taiwan telah mencapai kemajuan yang begitu hebat sekali.
Kemajuan China dan kekuasaannya menyebabkan negara hebat seperti Jepun dan Korea Selatan mendekati mereka walaupun AS memberikan amaran.
Jepun dan Korea Selatan sedang menukar arah dan cuba berbaik-baik dengan China walaupun kekal sebagai sahabat karib kepada AS dan juga negara-negara Eropah.
Begitu juga Korea Utara. Jepun dan Korea Selatan cuba mendekati mereka dengan jalan dialog kerana Korea Utara mempunyai kemampuan ketenteraan yang begitu hebat dan boleh mengancam keselamatan Korea Selatan dan juga Jepun.
Soalnya di mana umat Islam dan masyarakat Islam, selepas ditinggalkan oleh penjajah British, Belanda, Portugis, Perancis, Itali dan negara-negara Eropah lain yang telah meninggalkan tanah jajahan mereka baik di Asia atau di Afrika?
Negara-negara orang Islam muncul sebagai negara yang merdeka selepas penjajah dihalau atau terpaksa meninggalkan mereka.
Mutakhir ini kita melihat negara-negara orang Islam ataupun “Islamic Ummah” melahirkan pemimpin-pemimpin yang kaya-raya.
Tersiar dalam berita-berita dunia, bagaimana ketua-ketua negara atau pemimpin-pemimpin Islam membeli lukisan yang harganya ratusan juta dollar.
Mereka memiliki kapal-kapal mewah, apartment dan hotel-hotel mewah di Switzerland, London, Paris dan sebagainya.
Mereka juga terkenal dengan berita menghabiskan wang yang banyak di tempat-tempat perjudian.
Pemimpin-pemimpin negara Islam sama ada bergelar presiden bagi negara Republik mahupun Raja bagi negara Monarki, terkenal di seluruh dunia dengan kekayaan dan kemewahan mereka.
Sebaliknya untuk menjaga keselamatan negara, kadang kala dipanggilnya kuasa-kuasa besar seperti AS, Britain, Perancis dan sebagainya untuk menjaga takhta dan kedudukan sebuah kerajaan itu daripada ditumbangkan rakyat.
Negara-negara yang dipimpin orang Islam masih menjadi proksi kepada kuasa-kuasa besar.
Akibat daripada tidak merdeka sepenuhnya terutama daripada sudut pemikiran, maka orang-orang Islam menjadi lemah.
Perang sesama sendiri begitu ketara berlaku.
Kita lihat bagaimana harta orang Islam, nyawa orang Islam, begitu murah ditumpahkan di dunia Islam.
Lihatlah apa yang berlaku di Iraq, Syria, Libya, Yaman, Somalia,Sudan dan beberapa negara lain.
Di Afghanistan, peperangan yang tidak sudah-sudah melebihi 40 tahun dan semuanya yang berlaku itu adalah peperangan di antara orang Islam dengan orang Islam.
Maruah “Islamic Ummah” begitu lemah, tidak dilihat langsung sebagai satu lambang kekuatan kepada manusia di dunia ini.
Kalau negara-negara Sosialis-Komunis berbangga dengan kekuatan China dan Russia, negara-negara Kapitalis-Liberal berbangga dengan Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, dan juga United Kingdom.
Apa nak dibanggakan tentang kekuatan negara-negara orang Islam?
Sedangkan orang Islam mengaku bahawa merekalah yang terbaik, Islam itu lebih tinggi daripada yang lain.
Ini dikumandangkan dalam kuliah-kuliah agama dan khutbah di seluruh dunia Islam.
Tetapi orang Islam berada di tahap paling bawah dalam bidang ekonomi, keadilan sosial, dan jauh sekali keupayaan mereka dalam bidang ketenteraan.
Kebanyakan negara orang Islam menjadi proksi kepada negara-negara besar Eropah.
Pertelagahan sering berlaku, dan orang Islam terus mundur.
Di sinilah munculnya seorang manusia yang telah mendekati umur satu abad, iaitu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau melihat gejala dunia ini khasnya dunia Islam, sejak daripada selepas Perang Dunia I sampai ke Perang Dunia II sampailah sekarang.
Beliau selalu bercakap dalam mesyuarat tertutup atau terbuka tentang kelemahan yang ada pada orang-orang Islam.
Orang Islam perlu bersatu sebab mereka dahulunya pernah memimpin dunia ini dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan ketenteraan.
Oleh itu di atas semangat yang ada pada beliau, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, yang sering disebut Dr Mahathir betapa beliau sudah berada di penghujung usia.
Dan bagi saya Dr Mahathir adalah orang yang paling layak untuk bercakap soal penyatuan ummah kerana beliau adalah pemimpin yang paling senior di dunia Islam sekarang.
Oleh itu beliau bersama pemimpin lain daripada Turki, Pakistan, Iran dan Qatar berbincang bagaimana orang-orang Islam boleh bersatu dengan tujuan untuk memerdekakan mereka.
Dan sekurangnya idea-idea yang dilontarkan untuk masa akan datang, kekuatan orang Islam dapat digerakkan, dapatlah bangsa lain atau orang lain menghormati dunia Islam ini.
Maka cetusan idea itu dijelmakan melalui KL Summit. Sejauh mana kejayaan KL Summit kita boleh lihat.
Bukan untuk dilihat pada hari ini tetapi idea penyatuan ummah itu perlu diteruskan supaya umat Islam bebas daripada berbincang hal sekterian, kaum, suku yang sering membelenggu dunia Islam.
KL Summit menjadi medan untuk berbincang secara serius bagaimana umat Islam perlu dihormati, kekuatan umat Islam harus ditonjolkan, kekayaan di negara orang Islam, dapat dinikmati bersama oleh umat Islam.
Seperti yang dilakukan kuasa besar lain seperti di blok Timur atau Barat yang telah melakukan satu perkara untuk memberi kekuatan kepada suku sakat atau kesatuan mereka.
Dalam agama Islam yang lebih jelas soal tolong-menolong antara satu sama lain tetapi ia tidak dilakukan oleh umat Islam.
Ia dilakukan oleh orang lain, yang menterjemahkan ajaran Al-Quran itu sendiri.
Sebaliknya dunia Islam penuh dengan perpecahan, peperangan, dan kemunduran dalam bidang ekonomi dan pendidikan, jauh sekali kekuatan ketenteraan.
Oleh itu KL Summit ini perlu disokong dan Dr Mahathir, sebelum meninggalkan dunia ini dapat mencetuskan satu perkara baru untuk memunculkan semula Islam dan Ketamadunan Islam di muka bumi yang dipinjamkan Allah S.W.T. untuk hidup, supaya kita kembali kepada Allah dengan melaksanakan apa yang dituntut oleh ajaran Islam itu sendiri.
Di dunia Islam pada masa ini, muncul sekurang-kurangnya dua negara yang hebat dalam ketenteraan iaitu Turki dan Iran.
Oleh itu kita mengharapkan kedua-dua negara ini bersama-sama dengan Indonesia, Pakistan, Malaysia dan Qatar memainkan peranan awal ke arah penyatuan ummah dan memberi satu suluhan pencerahan Islam dan umatnya masa sekarang dan pada waktu yang akan datang.
*Mohamad Sabu adalah presiden Parti Amanah Negara
**Pandangan yang dizahirkan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Mohamad Sabu
Sat Dec 28 2019
Malaysia mengharapkan Turki dan Iran bersama-sama dengan Indonesia, Pakistan dan Qatar memainkan peranan awal ke arah penyatuan ummah. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.
Penduduk Kampung Sapagaya derita banjir besar setiap tahun
Bagi penduduk Amat Paduka Kawoh salah seorang penduduk Kampung Sapagaya, di Lahad Datu banjir besar yang melanda setiap tahun ibarat bagai penderitaan yang berpanjangan.
Proses pembersihan pasca banjir ambil masa dua hingga tiga hari
Bagi penduduk di Kampung Surih, Segedup yang telah dibernarkan pulang ke kediaman masing-masing, Proses pembersihan pasca banjir tetap mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga ke tiga hari.
Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.
Rumah terbuka PDP di Bintulu dibatalkan, fokus bantu mangsa
Penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Parlimen Bintulu dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 di Dewan Suarah Bintulu dibatalkan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir.
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.
Jet pejuang F-35 terhempas di Alaska, juruterbang selamat - Laporan
Sebuah jet pejuang F-35 milik Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Eielson, Alaska.
Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.