KUALA LUMPUR: Sekalipun perubatan rehabilitasi telah menembusi industri penjagaan kesihatan negara ini sebagai perubatan khusus sejak lebih 20 tahun lalu, perkhidmatan sedemikian masih tidak banyak ditawarkan.
Di negara Asia lain seperti China dan Korea Selatan misalnya, sistem penjagaan kesihatan mereka menyediakan program pemulihan yang khusus untuk memastikan pesakit benar-benar pulih selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan akut seperti angin ahmar dan pembedahan, serta bagi masalah ortopedik, neurologi dan lain-lain.
Menurut pakar industri, sektor ini, termasuk rawatan pemulihan yang intensif dan komprehensif, dijangka berdepan peningkatan permintaan berikutan Malaysia diunjur berstatus negara menua menjelang 2030.
Apatah lagi Kajian Beban Global Penyakit 2019 pula menemukan purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun namun purata jangka hayat sihat cuma 65.7 tahun.
Antara fasiliti yang menawarkan perubatan rehabilitasi di Malaysia ialah ReGen Rehab Hospital di Petaling Jaya, Selangor. Dibuka empat tahun lalu, kemudahan ini dimiliki oleh Regen Rehabilitation International Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama di antara Khazanah Nasional Berhad dan Select Medical International, sebuah penyedia perkhidmatan pascajagaan akut berpangkalan di Amerika Syarikat.
ReGen Rehab Hospital juga merupakan kemudahan rehabilitasi swasta pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan.
PENJAGAAN BERTERUSAN
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamad Hanafi Salehuddin dalam temu bual dengan Bernama, berkata hospital itu menawarkan program rehabilitasi komprehensif yang boleh dianggap sebagai "peluang terbaik untuk memulihkan kembali keupayaan fizikal dan kognitif pesakit kami."
Rehabilitasi bertujuan memaksimumkan kesihatan fungsian menerusi penjagaan menyeluruh dalam persekitaran khusus, jelas beliau.
"Antara masalah kesihatan yang kami rawat ialah angin ahmar atau strok, kecederaan pascatrauma dan pascapembedahan, selain masalah berpunca daripada kegiatan sukan serta ortopedik dan neurologi, dan banyak lagi," katanya.
Menurut beliau, umumnya, rawatan rehabilitasi atau pemulihan mengambil masa dua hingga empat minggu, bergantung pada keadaan pesakit dan pelan rawatan.
Rehabilitasi bagi pesakit strok akan mengambil masa lebih lama, kata beliau dan menambah setiap program pemulihan direka khusus bagi menyokong sasaran pemulihan pesakit.
Antara program rehabilitasi yang ditawarkan oleh hospital itu ialah pemulihan neuro melibatkan pesakit dengan masalah kesihatan seperti kecederaan dan trauma otak, Parkinson dan penyakit motor neuron.
Turut ditawarkan ialah pemulihan pascakoma, terapi kognitif dan tingkah laku, terapi robotik dan realiti maya serta stimulasi otak tidak invasif dan latihan keseimbangan.
Mohamad Hanafi berkata perubatan rehabilitasi antara perkhidmatan paling tinggi permintaan oleh pesakit yang dimasukkan ke wad. Di hospital itu, rehabilitasi disasarkan kepada pesakit pascapembedahan, kanser, jantung dan geriatrik.
"Kami juga menawarkan pemulihan rehabilitasi ortopedik yang merawat pelbagai masalah muskuloskeletal. Rawatan ini bagus untuk mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan penggantian sendi atau keretakan tulang atau menghidap sakit belakang dan leher yang kronik selain kecederaan berkaitan pekerjaan," jelasnya.
Menurutnya, mereka juga bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial menerusi program 'Return-To-Work' bagi merawat pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
"Ini merupakan satu kerjasama yang bagus yang mana kami mengadakan usaha sama dengan organisasi dan majikan lain," katanya.
EXOSKELETAL ROBOTIC
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan ReGen Rehab Hospital Prof Dr Lydia Abdul Latif berkata program exoskeletal robotic atau robotik rangka luar membolehkan pesakit dengan kecederaan saraf tunjang, strok atau lain-lain keadaan perubatan yang menjejaskan keupayaan berjalan, belajar untuk kembali berdiri dan menampung berat tubuh serta corak melangkah untuk berjalan.
"Prinsip yang tersirat di sebalik latihan ini ialah latihan berulang secara bersasar akan membawa kepada pemulihan motor," jelasnya.
Tambah beliau, exoskeletal robotic membantu pesakit membina keplastikan neuron, seterusnya memperoleh kemahiran menerusi pengulangan dan peningkatan latihan, sekali gus membolehkan mereka pulih pada kadar lebih cepat.
Sementara itu, Mohamad Hanafi berkata selaku ahli Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, ReGen Rehab Hospital juga memperoleh manfaat daripada sektor pelancongan perubatan negara apabila ia berjaya menembusi pasaran Indonesia, iaitu antara pasaran utama yang dikenal pasti dalam pasaran ASEAN.
Beliau berkata wujud pasaran yang besar untuk perubatan pemulihan di Indonesia berikutan penyakit angin ahmar merupakan antara penyebab utama morbiditi di republik itu.
"Memandangkan negara kita sedang berusaha untuk memperkukuh ekosistem pelancongan kesihatan, saya percaya pelancongan perubatan pemulihan adalah pasaran khusus dan penting yang akan mengukuhkan lagi penguasaan dan penawaran penjagaan kesihatan Malaysia dalam pasaran utama, selaku kelebihan daya saing.
"Kami mengetengahkan agenda pelancongan perubatan pemulihan kepada pasaran, dan sejak pembukaan semula sempadan Malaysia, sistem penjagaan kesihatan kita kembali menerima kemasukan pesakit antarabangsa, iaitu kunci dalam menggiatkan semula ekonomi dan sektor pelancongan kesihatan negara.
"Malaysia menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, mudah diakses serta mampu milik kepada pesakit antarabangsa. Ini termasuk perkhidmatan perubatan pemulihan," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Pesakit menjalani fisioterapi dengan menggunakan Robot Suit Hybrid Assistive Limb ketika tinjauan di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Fokus Minggu Depan: Asam garam pengorbanan, di sebalik kisah pelarian Myanmar
Fokus Minggu Depan memberi fokus kepada isu pelarian Myanmar di Malaysia menerusi klip pendek Asam Garam Pengorbanan menampilkan Ahmed (pelarian dari Myanmar dan Shahril Hamdan, pengasas bersama podcast Keluar Sekejap).
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Asap kelihatan di langit Beirut
Asap kelihatan di langit ibu kota Beirut di Lubnan ketika subuh pada Sabtu, selepas semalaman letupan didengari dan dilihat dari kawasan tersebut.
Penduduk Yaman berkumpul, protes kecam kekejaman Israel
Protes dan tunjuk perasaan berlaku di banyak tempat di Yaman, menyatakan mereka membantah keras tindakan agresif Israel kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
Peranti haram buka laluan mudah untuk penjenayah siber
Peranti haram tidak tertakluk kepada standard keselamatan yang ketat, yang selama ini melindungi pengguna platfrom yang sah.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan siap sedia hadapi Taufan Krathon
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.
Banjir: Rakyat Malaysia di Nepal selamat dipindahkan
Kesemua rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, disebabkan hujan lebat ibu negara Nepal, Kathmandu sudah dipindahkan.
Taufan Helene dan Ribut Tropika John: Rakyat Malaysia di AS dan Mexico diminta berwaspada
Dalam nasihat media pada Khamis, kementerian menggesa rakyat Malaysia di Florida dan Mexico untuk kekal berwaspada.
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.