ALOR SETAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 6,914 unit al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) termasuk buku yang dikenakan Perintah Larangan bernilai RM563,370 di negeri ini.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata rampasan dibuat di kedai jualan dan stor penyimpanan bahan itu di Pendang, dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi pada 13 November.
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan anggota bahagian berkenaan dari Ibu Pejabat KDN Putrajaya dengan kerjasama KDN Kedah.
Katanya rampasan membabitkan 2,874 unit naskah al-Quran atas kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan 4,024 unit bahan al-Quran atas kesalahan di bawah Seksyen 14 (1) akta sama.
"Turut dirampas 16 naskah bahan penerbitan berbentuk buku kerana kesalahan di bawah Seksyen 7 (1) dan Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Kebanyakan bahan itu berasal dari Indonesia," katanya pada sidang media di Bangunan KDN Kedah di sini hari ini.
Nik Yusaimi berkata rampasan itu dibuat berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak 2018 sehingga membawa kepada serbuan ke atas premis tersebut menerusi 'Ops Naskhah' yang dilancarkan di seluruh negara pada 1 Oktober lepas.
"Sejak 2018 lagi kita telah kesan dan kita buat risikan, cuma dalam proses risikan itu ada halangannya sehinggalah kita mendapat satu kesahihan, maka kita telah ke premis menyimpan bahan-bahan tersebut," katanya.
Beliau berkata seorang lelaki berumur lingkungan 40-an dipercayai penjual dan pengedar bahan itu turut ditahan untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan.
Katanya, lelaki itu disyaki aktif menjual al-Quran berkenaan secara dalam talian.
"Kita akan susun untuk membuka kertas siasatan dan berbincang dengan Timbalan Pendakwa Raya untuk (lelaki itu) dibawa ke mahkamah, dalam proses siasatan itu saya percaya kita akan mendapat maklumat tambahan," katanya.
Nik Yusaimi dalam pada itu, menasihati masyarakat berhati-hati dengan hanya menjual, membeli, memiliki dan membaca al-Quran diperakui LPPPQ yang mempunyai hologram KDN.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 15 2022

Antara al-Quran tanpa kelulusan LPPPQ yang dirampas oleh KDN. - Gambar/ Astro AWANI

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

KDN rampas al-Quran tanpa kelulusan LPPPQ bernilai lebih RM500,000
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 6,914 unit al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) termasuk buku yang dikenaka