SINTOK: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti lapan perkara untuk dimasukkan sebagai cadangan dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan memberi kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jawatankuasa khas kementerian yang ditubuhkan bagi meneliti perkara itu bersetuju untuk menerima lapan perkara itu, namun tiada ketetapan dibuat setakat ini kerana perlu melalui proses lain di pelbagai peringkat.
Menurutnya, antara perkara itu termasuk menurunkan had umur daripada 21 tahun kepada 18 tahun untuk seseorang melucutkan kewarganegaraannya dan kaedah pelaksanaan pindaan itu sama ada secara retrospektif atau prospektif apabila ia dikuatkuasakan.
"Maksudnya bila pindaan Perlembagaan itu dibuat nanti dan wujud keadaan seorang anak itu dengan kuat kuasa undang-undang menjadikan dia warganegara, pada masa yang sama dia juga warganegara sesebuah negara lain mengikut bapanya, jadi dia akan ada dua kewarganegaraan.
"Tapi Perlembagaan Persekutuan negara kita tidak membenarkan dua kewarganegaraan, jadi waktu bila dia kena renounce (melucutkan kewarganegaraan)? Jadi sekarang ini umurnya adalah 21 tahun dan kita cadang turun 18 tahun sebab kita nak selaraskan dengan umur mengundi. Jadi akan membabitkan beberapa cadangan pindaan Perlembagaan dan akta yang berkaitan, itu satu contoh supaya ada keselarasan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Townhall Ikon MADANI bersama Menteri Dalam Negeri di Universiti Utara Malaysia di sini, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata dalam meneliti perkara-perkara berkaitan pindaan Perlembagaan itu, dua jawatankuasa khas diwujudkan iaitu di peringkat KDN yang dipengerusikan ketua setiausaha dan di peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
Katanya, kedua-dua jawatankuasa itu menjalankan kajian terperinci dan melakukan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan selain melihat tindakan negara lain, bagi memastikan cadangan komprehensif dapat dihasilkan untuk pindaan Perlembagaan itu.
Beliau berkata selepas semua cadangan tersebut dipersetujui di peringkat kementerian dan Kabinet, ia akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dan sekiranya diperkenankan, barulah dibentangkan di Parlimen yang diharap dapat dilakukan pada persidangan hujung tahun ini.
Februari lepas, Kabinet dilaporkan bersetuju meminda Perlembagaan untuk memberi kewarganegaraan kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Saifuddin Nasution berkata jawatankuasa khas kementerian yang ditubuhkan bagi meneliti perkara itu bersetuju untuk menerima lapan perkara itu, namun tiada ketetapan dibuat setakat ini kerana perlu melalui proses lain di pelbagai peringkat. - BERNAMA
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Depot Tahanan Imigresen Jawi beroperasi sepenuhnya Disember ini
Depot Tahanan Imigresen di Jawi yang baharu siap akan menempatkan pendatang tanpa izin bermula 26 Nov ini dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Dis bagi menggantikan Depot Tahanan Juru.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Rang undang-undang baharu berkaitan tahanan rumah hanya terpakai kepada individu yang dikenakan perintah tahanan reman, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Pembekuan permohonan kuota pekerja asing diteruskan - Saifuddin Nasution
Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.