Bilangan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dari negeri Sarawak meningkat setiap tahun, namun peratusan kelulusannya masih rendah iaitu bawah 50 peratus.
Sehubungan itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah menggesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepatkan proses kelulusannya.
Menurut Fatimah, sebanyak 535 permohonan diterima sejak tahun 2016 hingga tahun ini, tetapi daripada 240 permohonan yang dikemukakan kepada KDN dari tahun 2016 hingga 2017 hanya 95 permohonan diluluskan.
Sebanyak 67 permohonan diterima pada tahun 2016, meningkat kepada 173 pada tahun 2017 dan 295 permohonan pada tahun ini.
Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara15A Perlembagaan Persekutuan adalah perolehan warganegara Malaysia secara daftaran bagi individu yang berumur bawah 21 tahun dalam keadaan khas.
Penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia adalah satu anugerah tertinggi Kerajaan Persekutuan kepada individu yang bertaraf bukan warganegara Malaysia.
"Kementerian amat mengambil berat terhadap masa hadapan kanak-kanak di negeri ini yang tidak diketahui status kewarganegaraan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatan Kuasa Khas (JKK) Status Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Malaysia di pejabat beliau di sini, pada Isnin.
Jawatankuasa berkenaan adalah platform yang menerima dan menyemak permohonan kewarganegaraan yang diterima oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak sebelum dimajukan kepada KDN.
Menurut Fatimah, kanak-kanak yang mendapat kewarganegaraan Malaysia secara langsung dapat menikmati kemudahan serta subsidi yang diberi oleh kerajaan Malaysia seperti kemudahan pendidikan, perubatan dan pengenalan diri.
Dalam pada itu, Fatimah menjelaskan bahawa ia bukan tanggungjawab jawatankuasa yang beliau pengerusikan untuk meluluskan atau menolak permohonan yang dikemukakan, dan menambah bahawa ia adalah keputusan Menteri Dalam Negeri, yang kini dipangku oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 24 2018

Fatimah menjelaskan bahawa ia bukan tanggungjawab JKK Status Kewarganegaraan yang beliau pengerusikan untuk meluluskan atau menolak permohonan yang dikemukakan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.

Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.

Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal akibat serangan jantung
Ibu penyanyi Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya pada pagi tadi disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital.

Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Pemimpin Sarawak berduka atas kehilangan Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak telah kehilangan seorang lagi figura hebat dalam arena politik.

Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan
Fatimah berkata penubuhan Olimpik Khas Cabang Samarahan dan Bintulu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Khas Sarawak.

TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.

Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa
Usaha Sarawak dalam memerangi penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada ISSUP Global.

Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau
Sebelum ini, pangkalan hadapan di Sarawak hanya melibatkan bantuan bekalan makanan kering sewaktu musim banjir.

Sarawak setuju keluarkan dokumen sementara kepada individu tanpa kewarganegaraan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada individu atau kanak-kanak tanpa kewarganegaraan berumur 21 tahun ke bawah yang lahir di negeri itu.