PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membangunkan satu sistem baharu iaitu e-Locker bagi menambah baik sistem pengurusan warga asing agar lebih berkesan.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata inisiatif itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada penggunaan data raya secara optimum dalam pengurusan warga asing sekali gus bagi menangani isu pendatang asing di Sabah.
Beliau berkata sistem berkenaan telah diperkenalkan di beberapa negara antaranya Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India.
"Pembangunan sistem ini akan memberi manfaat kepada kerajaan, negara sumber, majikan danpekerja asing apabila dokumen pekerja asing seperti pasport, visa dan pas bekerja boleh diakses secara digital," katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 di Kompleks KDN, di sini.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata KDN juga terus komited dalam meningkatkan ketelusan proses pemerolehan kewarganegaraan bagi pemohon yang layak berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Beliau berkata usaha untuk mengarusperdanakan pendigitalan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat juga akan diteruskan oleh kementeriannya bagi tahun ini menerusi pembangunan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan Identiti Digital Nasional (IDN).
Sementara itu, Hamzah berkata KDN kini sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.
"NAPPCVE ini bersifat holistik dan mengambil kira faktor kepelbagaian agama, kaum dan budaya di Malaysia serta melibatkan semua pemegang taruh dan pihak-pihak berkepentingan daripada sektor awam mahupun swasta," katanya.
Beliau memaklumkan kementeriannya juga memberi fokus pada aspek pengurusan pertubuhan di Malaysia dengan dana peruntukan kerajaan sebanyak RM20 juta di bawah program Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICe).
"Dana di bawah program itu adalah untuk dimanfaatkan oleh 2,000 pertubuhan di bawah kategori kebajikan, hak asasi dan keselamatan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)," katanya.
Selain itu, akta perundangan seperti Akta Penjara 1995, Akta Kesalahan Keselamatan 2012 dan Akta Agensi Persendirian 1971 dan prosedur operasi standard (SOP) juga akan diteliti semula oleh KDN agar sentiasa relevan dalam memastikan pelaksanaannya kekal efisien dan sistematik.
Mengulas mengenai pencapaian KDN pada 2021, Hamzah menzahirkan rasa bangga susulan kejayaan dicapai kementeriannya selari dengan matlamat Aspirasi Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahun lepas.
"Saya bangga dengan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari yang mana KDN telah capai 100 peratus inisiatif yang disasarkan. Pencapaian KPI kita secara keseluruhan bagi 2021 adalah 95.3 peratus. Syabas kepada semua warga KDN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Amanat Tahun Baru 2022 di Kompleks D, hari ini. - Foto BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.
KDN lupus 5.8 tan metrik alat mainan seks bernilai RM1.3 juta
Proses sitaan dan pelupusan diputuskan melalui perintah mahkamah di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
Dua lagi Baitul Mahabbah bakal dibuka
Kerajaan akan membuka dua lagi pusat jagaan Baitul Mahabbah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) khusus untuk kanak-kanak warga asing berumur di bawah 10 tahun.
Mpox: KDN tumpu kawalan di empat pintu masuk utama negara
KDN memberikan tumpuan di empat pintu masuk utama negara dalam usaha membantu Kementerian Kesihatan mengekang penularan mpox atau cacar monyet.