Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perjumpaan dengan pengedar filem Vishwaroopam bagi membincangkan isu penayangan filem itu di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perjumpaan dengan Lotus Five Star Sdn Bhd yang dijangka diadakan minggu depan itu akan mengkaji dan mencari penyelesaian yang wajar ke atas filem itu.
"Saya kenal dengan pemilik syarikat pengedaran itu dan kita akan cari penyelesaian menerusi sumbernya," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Sembrong, di Felda Ulu Belitong, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Hishammuddin turut mengingatkan semua pihak terutama komponen Barisan Nasional dan rakyat supaya memahami isu sebenar mengenai filem berkenaan dan tidak terikut-ikut dengan kenyataan yang dibawa pihak luar bagi mengelakkan sebarang polemik.
Vishwaroopam, yang merupakan sebuah filem Tamil lakonan Kamal Hassan mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina komuniti Islam.
Filem itu ditayangkan pada 24 Januari lepas di negara ini tetapi ditarik balik pada hari berikutnya ekoran satu arahan daripada pihak KDN.
Sementara itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai isu yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi memburuk-burukkan kerajaan menjelang pilihan raya umum.
Beliau berkata tindakan itu dilihat boleh menyebabkan perpecahan antara kaum sehingga menjejaskan keharmonian negara.
"Antara yang ditimbulkan termasuk menggembar gembur isu keselamatan di negara ini dan membuat 'serangan' terhadap polis," katanya.
Bernama
Sat Feb 02 2013

Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin diharap dapat kembalikan tumpuan kepada isu penting - GPS
Menurut Alexander Nanta Linggi, isu utama ketika ini ialah kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat selain pemulihan ekonomi negara.

Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memperhalusi pendekatan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.

Aspirasi golongan muda jadi teras Kerajaan corak pembangunan negara - PM
Pandangan dan aspirasi golongan belia kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam mencorak pembangunan negara.

Pokemon GO dilarang di kawasan Mindef dan aset sensitif - Hishammuddin
Larangan itu dikeluarkan kerana aplikasi itu dikhuatiri boleh mendedahkan aset sensitif negara kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Malaysia akan umum aset pencarian dasar laut tidak lama lagi
Aset akan dikerahkan selepas kajian batimetri - atau pemetaan dasar laut di kawasan pencarian selesai dijalankan.

Liputan media menurun selepas pencarian MH370 berlarutan
Liputan media berhubung pencarian pesawat MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-46.

MH370: Mulakan satu inkuiri parlimen antarabangsa- DAP
Kerajaan Malaysia diminta memulakan 'inkuiri yang melibatkan parlimen antarabangsa ke atas kes Penerbangan Malaysia pesawat MH370.

MH370: "Pencarian akan mengambil masa yang lama"
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin mengambil masa yang lebih lama.

"Tiada alasan kukuh dakwaan kumpulan Chinese Martyr Brigade" - Hishammuddin
Kumpulan itu telah mendakwa merekalah yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu.

Sah ada tompokan minyak di perairan Vietnam, tetapi tiada serpihan pesawat
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.