IPOH: Kapal Diraja (KD) Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melengkapkan pelayaran misi ulang bekal untuk pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850 yang sedang bertugas di Lubnan.
Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat, dalam kenyataan, memaklumkan misi pertama berjaya dicapai apabila kapal tiba di Beirut, Lubnan, pada 2 Jan lalu setelah belayar selama 34 hari di lautan.
Markas tersebut memaklumkan itu misi kedua pula berjaya dilaksanakan denganmenyertai International Fleet Review (IFR) di Cox's Bazar, Bangladesh, pada 6 hingga 9 Dis lalu yang menghimpunkan sebanyak 28 buah angkatan laut sahabat dari seluruh dunia.
"Penugasan yang julung kalinya dilaksanakan oleh kapal logistik TLDM adalah bertepatan dengan teras ketiga Panglima Tentera Laut iaitu meningkatkan intergrasi dan sokongan kepada aspek kebersamaan.
"Selain misi ulang bekal MALBATT-850, kapal turut melaksanakan misi memperkasakan diplomasi pertahanan negara sepanjang pelayaran," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu menambah KD Mahawangsa turut berpeluang memperkasakan diplomasi pertahanan dengan Tentera Laut India (TLI) semasa pelayaran pulang melalui lawatan operasi di Kochin pada 28 hingga 31 Jan lalu serta melaksanakan Passing Exercise (PASSEX) bersama INS Savitri pada 5 Feb lalu.
"Misi ulang bekal MALBATT-850 yang dilaksanakan kali ini adalah berskala sederhana serta berdasarkan kepada kapasiti dan kemampuan KD Mahawangsa.
"Walaupun berjaya dilaksanakan serta membuktikan komitmen TLDM, namun tidak boleh bergantung harap kepada aset sedia ada sekiranya terdapat peluang ulang bekal berskala besar," menurut kenyataan itu.
Markas tersebut memaklumkan keupayaan bantuan logistik TLDM boleh dipertingkatkan dengan kehadiran kapal Multi-Role Support Ship (MRSS) dengan keupayaan yang lebih tinggi dan misi sedemikian boleh dilaksanakan dengan lebih pantas dan berskala besar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

KD Mahawangsa milik TLDM telah melengkapkan pelayaran misi ulang bekal untuk pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850 yang sedang bertugas di Lubnan. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KD Mahawangsa lengkap pelayaran misi ulang bekal MALBATT 850 ke Lubnan
Misi pertama berjaya dicapai apabila kapal tiba di Beirut, Lubnan, pada 2 Jan lalu setelah belayar selama 34 hari di lautan.

Op Benteng: TLDM patahkan cubaan lima bot nelayan asing ceroboh perairan negara
Kejayaan itu hasil tindakan pantas kapal KD Mahawangsa sebaik menerima maklumat yang disalurkan MCC Barat.

Anggota TLDM disyaki COVID-19
TLDM sahkan seorang anggota dari KD Mahawangsa disyaki COVID-19.

Jenazah Koperal Mohd Faizol selamat dikebumikan
Jenazah dikebumikan pada 1.20 pagi selepas selesai solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Keda Kemangi, Kupang.

Mayat koperal tentera dijumpai dekat Pulau Perak
Mayat Mohd Faizol dijumpai Paskal kira-kira 30 meter dari Pulau Perak ketika mereka sedang membuat rondaan.

Guna model kejayaan Selat Melaka untuk Laut Sulu
Malaysia bercadang untuk mengguna pakai model Rondaan Laut Selat Melaka untuk memperkukuh tahap keselamatan di Laut Sulu.