KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran mahupun dasar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melainkan isu berkenaan dipanjangkan kepada KBS menerusi Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM), kata Datuk Seri Ti Lian Ker.
Timbalan Menterinya itu memberitahu, namun KBS sedar akan isu yang melibatkan dua pemain negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei yang mengambil keputusan untuk bermain secara bersendirian dan di luar naungan BAM telah mencuri perhatian peminat sukan badminton dalam dan luar negara.
"KBS bersama BAM sebenarnya mempunyai perancangan jangka panjang dan rapi untuk mewujudkan kecemerlangan atlet sukan serta memerlukan pelaburan yang besar dan komitmen tinggi bagi melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.
"Pelaburan ini meliputi komitmen kerajaan, peranan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan juga kesinambungan penajaan dalam memastikan program pembangunan atlet dari peringkat akar umbi hingga antarabangsa dapat dirancang dan dilaksanakan dengan baik,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi soalan yang dibangkitkan oleh William Leong Jee Keen (PH-Selayang) yang meminta KBS untuk menyatakan alasan BAM menghalang pemain daripada bergerak secara profesional, termasuk melarang mereka daripada menyertai kejohanan antarabangsa dan langkah yang diambil untuk membetulkan tindakan itu.
Mengulas lanjut Lian Ker menjelasakan, atlet yang membuat keputusan untuk bergerak bersendirian atau secara profesional dan mengenepikan komitmen akan menjejaskan matlamat badan sukan berkenaan dan perancangan awalan untuk atlet serta pasukan.
"Ini akan memberi kesan besar serta membawa implikasi kepada PSK, di mana ia mewujudkan konflik antara badan sukan, pasukan atlet dan juga penaja. Malah, badan sukan berkenaan juga berkemungkinan akan diambil tindakan undang-undang disebabkan perjanjiannya telah dimeterai dengan mengambil kira kehadiran atlet yang dikenal pasti dalam program sukan berkenaan.
“Bagaimanapun, langkah penyelesaian telah ditemui BAM untuk atlet yang berhasrat untuk melangkah ke dunia profesional dengan keputusan memberikan pelepasan kepada atlet yang berhasrat untuk bergerak secara profesional.
“Penyelesaian juga dengan menarik balik penggantungan pemain profesional dan memberikan kebenaran untuk atlet bertanding di kejohanan atau temasya antarabangsa,” ujarnya.
Justeru Lian Ker berharap, agar persatuan-persatuan sukan kebangsaan memperhalusi dan memperkemaskan kedudukan perjanjian antara atlet, penaja dan pihak-pihak berkaitan bagi memastikan kepentingan dan kesinambungan sukan negara dapat diberi keutamaan selaras dengan perkembangan kerjaya dan keperluan atlet.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 02 2022
![KBS tiada bidang kuasa campur urusan BAM - Timbalan Menteri KBS tiada bidang kuasa campur urusan BAM - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646211258_TiLianKer.jpg)
Ti Lian Ker berharap, agar persatuan-persatuan sukan kebangsaan memperhalusi dan memperkemaskan kedudukan perjanjian antara atlet, penaja dan pihak-pihak berkaitan. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719476786_HannahYeoh.jpg)
LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719383070_tbHannahYeoh.jpg)
KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) FAM.
![Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719274104_tbOlimpik.jpg)
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.
![Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719030213_tbHannahYeoh.jpg)
Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara
Kementerian Belia dan Sukan bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara.
![Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718953608_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid
Kerajaan menyatakan komitmen dan sokongan terhadap industri sukan elektronik (e-sukan) termasuk berhasrat memberi pengiktirafan sewajarnya.
![KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716791689_HannahYeoh.jpg)
KBS bentang kajian impak Sukan SEA 2027 sebelum Paris 2024 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bakal membentangkan kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.
![KBS lancar kempen Team MAS sempena Olimpik Paris 2024 KBS lancar kempen Team MAS sempena Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717659755_Atlet.jpg)
KBS lancar kempen Team MAS sempena Olimpik Paris 2024
Kementerian Belia dan Sukan melancarkan kempen Team MAS dalam usaha mewujudkan gerakan nasional menyokong atlet negara yang bertanding.
![KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717211456_WongKahWoh.jpg)
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
![Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715747330_AdamAdli.jpg)
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.