TUARAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baharu bagi memastikan lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan kepada belia, seterusnya menurunkan kadar pengganguran.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ada inisiatif yang dilaksanakan KBS, antaranya Program Youth Career (Y-Career) dan Skill for Youth (S4Y) iaitu platform padanan kerja dan latihan intensif bersama pihak industri dengan jaminan pekerjaan kepada belia.
"Sempena karnival sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di sini, terdapat lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program Y-Career.
"Manakala menerusi program S4Y pula, terdapat 2,000 peluang latihan dan jaminan pekerjaan, yang melibatkan peruntukan RM3 juta," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran di sini hari ini.
Sambutan Hari Belia Negara 2022 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Terdahulu Ismail Sabri dalam ucapan perasmiannya berkata kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menunjukkan penurunan kepada 5.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9 peratus dalam tempoh sama tahun lepas.
Ahmad Faizal berkata bersesuaian dengan tema Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan iaitu 'Ini Masa Kita', belia kini tidak boleh lagi mengambil pendekatan relax atau 'tunggu dan lihat'.
Katanya belia hari ini perlu terus bergerak ke hadapan dan berusaha memajukan diri, apatah lagi selepas negara berdepan situasi sukar iaitu penularan COVID-19 yang merencatkan pembangunan dan ekonomi negara.
Malah impak situasi itu antara lain dapat digambarkan melalui dapatan Indeks Belia Malaysia 2021 bagi Domain Ekonomi dengan skor kebolehpekerjaan adalah pada 59.07 iaitu satu tahap yang tidak memuaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Majlis perasmian Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran hari ini. - Bernama

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.

Noorul Ariffin serah kepada Hannah putuskan kedudukan Pengerusi YAKEB
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menyerahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk menentukan kedudukan beliau di yayasan itu.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.