Kementerian Belia dan Sukan akan mempromosikan Askar Wataniah bagi menggalakkan golongan belia menyertai pasukan itu.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pasukan itu tidak menjadi pilihan anak muda kerana tidak mendapat publisiti secukupnya.
"Perkara tersebut saya akan bincangkan dengan Kementerian Pertahanan mengenai cara menarik minat anak muda menyertai pasukan itu.
"Saya buat semua ini kerana mahu lebih ramai anak muda kita menceburi bidang itu untuk menjadi Askar Sukarela Wataniah dan bagi saya ia adalah pengorbanan kepada negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Kementah, di sini.
Khairy yang ditauliahkan pangkat Kolonel Askar Wataniah berkata, maklumat dan penerangan mengenai pasukan itu perlu diperbaiki dan diperluaskan lagi menerusi media sosial.
"Selain itu, kerajaan perlu menetapkan satu latihan yang fleksibel sebab bukan semua orang boleh cuti selama sebulan untuk menjalani latihan Askar Wataniah, jadi perkara tersebut harus dibincangkan dengan bahagian pasukan simpanan," katanya.
Beliau berkata Askar Wataniah perlu dipopularkan kerana banyak persaingan dan kini ramai anak muda yang menyertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Pada majlis sama, Khairy dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron adalah antara lima orang yang dipakaikan pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah.
Khairy dipakaikan pangkat sebagai Kolonel (kehormat) dalam pasukan sukarela Askar Wataniah manakala Idris pula memakai pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Holdings, Tan Sri Shahril Shamsuddin pula ditauliahkan pangkat Brigedier Jeneral (kehormat); Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar masing-masing dipakaikan pangkat Kolonel (kehormat).
Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Kelima-lima mereka sebelum ini telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan pangkat masing-masing.
Bernama
Tue Jul 01 2014
Askar Wataniah akan dipromosi untuk golongan belia - Gambar fail
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Kudung kaki akibat jerangkap samar, demi negara bekas askar tidak menyesal
Beliau menganggap apa yang terjadi ke atas dirinya kira-kira 47 tahun lepas akibat terkena jerangkap samar terlalu sedikit kesannya.
Ketua Chechnya puji askarnya selamatkan orang awam
Ramzan turut memuji keberanian askar-askarnya yang terus berjuang walaupun di tengah-tengah bunyi letupan peluru di bandar berkenaan.
Lima maut ditembak askar di kilang tentera di Ukraine
Menurut pihak polis, lima maut manakala lima yang lain mengalami kecederaan.
Beruang sesat cetus kekecohan, serang orang awam dan anggota tentera
Beruang itu menyerang seorang askar yang bertugas di Kem Pertahanan Diri di Okadama.
Sukar lupakan detik rakan dibunuh Komunis - Veteran tentera
"Selain melihat rakan-rakan dibunuh, mereka membakar rumah penduduk, membakar bas dan tidak terkecuali menyeksa penduduk kampung."
Saya minta ampun pada Allah: Janna Nick
Menurut Janna, 24 tahun, dia sebolehnya enggan memberi sebarang komen terhadap figura yang sudah dianggap sebagai ibu, guru dan juga senior di dalam industri itu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
308 Perajurit Muda Udara tamat latihan
PjM U Muhammad Akmal Azwan Noor Esam telah dinobatkan sebagai PjM U Terbaik Keseluruhan
KBS akan promosikan Askar Wataniah
Kementerian Belia dan Sukan akan mempromosikan Askar Wataniah bagi menggalakkan golongan belia menyertai pasukan itu.
Tahap keselamatan di Bangladesh diperketatkan
Parti Kebangsaan Bangladesh dan Parti Islam Jamaat E Islami melancarkan mogok tiga hari bagi mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan.
Adebowale didakwa membunuh
Suspek utama pembunuhan askar Britain, Lee Rigby dekat Woolich dikenakan tuduhan membunuh pada Khamis.