Pasukan Polis Marin (PPM) melipatgandakan usaha menggembleng kesemua asetnya bagi mengawal sempadan masuk negara melalui jalan laut, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan minyak masak.
Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) DCP Datuk Abdul Razak Ab Ghani berkata pihaknya sentiasa meningkatkan operasi dan rondaan di sempadan perairan negara dari semasa ke semasa.
"Kita bimbang minyak masak bersubsidi dari negara kita dibawa keluar ke negara jiran untuk dijual.
"Jadi, kita mengadakan mesyuarat dengan pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) untuk sama-sama menangani kegiatan penyeludupan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pelancaran Operasi Bersama menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di antara Bahagian Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan dengan PPM dan PDRM di Markas PPM Wilayah Tiga di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perikanan Munir Mohd Nawi dan Pengarah Perikanan Pahang Datuk Adnan Hussain. -- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2016
![Kawalan sempadan perairan negara ditingkat, kekang seludup minyak masak Kawalan sempadan perairan negara ditingkat, kekang seludup minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439184497_POLISMARIN.jpg)
Pasukan Polis Marin (PPM) melipatgandakan usaha menggembleng kesemua asetnya bagi mengawal sempadan masuk negara melalui jalan laut.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Kawalan sempadan perairan negara ditingkat, kekang seludup minyak masak Kawalan sempadan perairan negara ditingkat, kekang seludup minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439184497_POLISMARIN.jpg)
Kawalan sempadan perairan negara ditingkat, kekang seludup minyak masak
Pasukan Polis Marin (PPM) melipatgandakan usaha menggembleng kesemua asetnya bagi mengawal sempadan masuk negara melalui jalan laut, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan minyak masak.