KUALA LUMPUR: Kawal selia ringan ke atas perkhidmatan awan di Malaysia mulai 1 Jan tahun depan adalah bagi memberi perlindungan data kepada pengguna dan agensi berkaitan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata terdapat kebimbangan berkenaan keselamatan data susulan peningkatan penggunaan perkhidmatan itu dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.
"Pendekatan kawal selia ini akan memastikan pihak penyedia perkhidmatan awan mengekalkan tahap keselamatan data, privasi data, perlindungan data dan aliran data pengguna pada tahap yang tinggi," menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.
MCMC berkata kawal selia tersebut dilakukan menerusi kaedah pelesenan supaya pihaknya mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan standard teknikal yang dapat dihasilkan bersama pemain industri.
"Pengenaan apa-apa syarat untuk mematuhi standard tersebut hanya dapat dicapai melalui pendekatan pelesenan. Ini akan memastikan amalan terbaik digunakan penyedia perkhidmatan awan," menurut MCMC.
Mengulas lanjut, MCMC berkata pihaknya mengguna pakai polisi 'tiada pengurangan' (no worse off policy) di dalam merangka kaedah pelesenan yang bersesuaian untuk perkhidmatan awan.
"Ini bermakna, aktiviti-aktiviti yang ketika ini dikecualikan di bawah kerangka pelesenan sedia ada akan kekal dikecualikan," menurut MCMC.
Jelas suruhanjaya itu, perkhidmatan awan akan dilesenkan di bawah lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)) yang dirangka khusus untuk memberikan akses pasaran yang mudah dan mendorong pertumbuhan industri.
Menurut agensi itu, semua syarikat penyedia perkhidmatan awan yang mempunyai kehadiran tempatan atau melalui pusat data di Malaysia, dikehendaki mendaftar di bawah lesen berkenaan secara tahunan.
Bagi tujuan kawal selia pula, MCMC telah mendefinisikan perkhidmatan awan sebagai sebarang perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna akhir berdasarkan permintaan melalui Internet daripada pelayan penyedia pengkomputeran awan.
"Penyediaan aktiviti-aktiviti berlesen tanpa lesen adalah satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Penyedia perkhidmatan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan lesen-lesen yang berkaitan sebelum memulakan operasi mereka," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut layari laman web MCMC di www.mcmc.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata terdapat kebimbangan berkenaan keselamatan data susulan peningkatan penggunaan perkhidmatan itu dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Kawal selia perkhidmatan awan lindungi data pengguna - MCMC
Kawal selia ringan ke atas perkhidmatan awan di Malaysia mulai 1 Jan tahun depan adalah bagi memberi perlindungan data kepada pengguna dan agensi berkaitan.