Jemaah haji Malaysia yang mahu membayar dam haji boleh berbuat demikian di kaunter-kaunter Tabung Haji (TH) yang mula dibuka di Madinah, manakala jemaah haji yang belum tiba di Tanah Suci, boleh berbuat demikian di Malaysia.
Pengarah Operasi Kewangan TH di Tanah Suci, Anisuati Yahya berkata jemaah haji boleh membayar dam berkenaan di Tanah Suci sehingga berakhirnya musim haji 1436H.
"Kadar dam haji yang ditetapkan ialah sebanyak SR445 atau RM431 untuk dam kibas, manakala sebanyak SR3,000 atau RM2,990 dikenakan untuk kadar dam unta," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata kadar bagi mengerjakan korban kibas ialah sebanyak SR475 (RM460) manakala kadar untuk korban unta sebanyak SR3,500 (RM3,365).
Kadar dalam ringgit itu telah ditetapkan pada 15 Ramadan lepas, katanya.
Anisuati berkata jemaah haji yang belum tiba di Tanah Suci juga boleh melakukan pembayaran dam di Malaysia sebelum mereka berlepas ke Madinah atau Makkah.
Beliau berkata sebanyak sembilan kaunter dibuka di Madinah iaitu lima kaunter di Hotel Al-Haram dan empat kaunter di Hotel Movenpick, dua daripada tiga hotel yang menempatkan jemaah haji di Madinah. Sebuah lagi hotel yang menempatkan jemaah haji di Madinah ialah Hotel Al-Saha.
Sebanyak 28 kaunter pula akan dibuka di Makkah.
Jemaah haji Malaysia dijadualkan ke Makkah bermula 24 Ogos ini dengan kumpulan terakhir ke Makkah ialah pada 7 Sept.
Anisuati juga berkata jemaah haji juga boleh mengeluarkan wang dengan hanya menggunakan lencana pengenalan diri haji di kaunter-kaunter TH.
"Pengeluaran wang tunai dalam Saudi Riyal adalah mengikut nilai pertukaran semasa Ringgit Malaysia. Kaunter kewangan TH akan dibuka sehingga penerbangan akhir jemaah haji ke tanah air yang dijadualkan pada 27 Okt depan," katanya.
Bernama
Wed Aug 19 2015
![Kaunter kewangan TH dibuka untuk urusan dam, korban, pengeluaran Kaunter kewangan TH dibuka untuk urusan dam, korban, pengeluaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439949245_TabungHaji.jpg)
Buat pertama kalinya, Tabung Haji kini menyediakan Kaunter Khidmat Pelanggan di Madinah bagi menangani sebarang masalah berkaitan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci. - fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![TH tawar perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI TH tawar perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651755903_TBTHIJARI.jpg)
TH tawar perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI
Perkhidmatan itu bagi menggalakkan pelaksanaan bayaran pada kadar yang ditentukan sebelum jemaah tiba di Tanah Suci Mekah.
![Kaunter kewangan TH dibuka untuk urusan dam, korban, pengeluaran Kaunter kewangan TH dibuka untuk urusan dam, korban, pengeluaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439949245_TabungHaji.jpg)
Kaunter kewangan TH dibuka untuk urusan dam, korban, pengeluaran
Jemaah haji Malaysia yang mahu membayar dam haji boleh berbuat demikian di kaunter-kaunter Tabung Haji yang mula dibuka di Madinah.