Sejak kecil lagi wanita ini begitu tertarik dengan seni kaligrafi Cina terutama apabila melihat rakan-rakan daripada kaum itu mempamerkan kebolehan berkenaan ketika acara-acara tertentu termasuk menjelang Tahun Baharu Cina.
Keunikan setiap calitan karakter di atas kertas merah menggunakan berus dan dakwat hitam yang membawa maksud positif, menguatkan lagi azam Shoba Veera, 54, untuk mempelajari seni itu.
"Sejak kecil lagi saya sangat tertarik melihat seni kaligrafi yang ditampal di dinding dan telah lama berniat mahu mengambil kelas untuk mempelajarinya namun sering kali tidak berpeluang.
"Belajar seni kaligrafi bukan sahaja dapat mengenali budaya dan warisan masyarakat Cina, malah dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan menyatupadukan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama pada Sabtu.
Shobah, yang merupakan seorang peguam adalah antara empat peserta bukan Cina yang mengikuti Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Bagi Noor Laila Othman, 58, galakan daripada suaminya yang berbangsa Cina mendorong beliau mempelajari seni itu yang mempunyai persamaan dengan seni khat.
"Saya sering melihat suami saya berlatih menulis kaligrafi itu dan pada masa yang sama saya juga meminati seni khat. Secara umumnya kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi peralatan dan cara penulisannya, cuma seni khat kami menggunakan buluh manakala kaligrafi Cina dengan berus.
"Penulisan kaligrafi dapat menguji kesabaran dan menenangkan minda," kata pengarah urusan sebuah syarikat swasta itu.
Sementara itu, guru kaligrafi yang mengendalikan bengkel itu, Soo Yoke Lan, 68, berkata seseorang tidak semestinya fasih menulis dan membaca karakter tulisan Cina bagi mempelajari seni kaligrafi berkenaan.
"Ramai juga yang mula berminat untuk mempelajari bahasa Cina selepas mengambil kelas kaligrafi dengan saya, ini secara langsung menggalakkan mereka menguasai lebih banyak bahasa selain mengenali budaya kami dengan lebih dekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 04 2020

Guru Kaligrafi Soo Yoke Lan (tengah, berbaju hitam) bergambar bersama peserta Bengkel Seni Kaligrafi sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 2 dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Foto: Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kaum lain turut berminat pelajari kaligrafi Cina
Keunikan setiap calitan karakter di atas kertas merah menggunakan berus dan dakwat hitam yang membawa maksud positif, menguatkan lagi azam Shoba Veera, 54, untuk mempelajari seni kaligrafi Cina.