IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.
Pengarah JKDM Perak, Abd Ghafar Mohamad berkata, operasi itu dilakukan Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Ipoh yang menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di pelabuhan berkenaan.
Menurutnya, kontena berkenaan pada asalnya dikrar sebagai sayur-sayuran sejuk beku di dalam Borang Kastam 1 dan sebahagian kecil kontena tersebut diisi dengan beberapa kotak mengandungi sayur-sayuran tersebut.
"Setelah pemeriksaan dilakukan, pasukan penguat kuasa berjaya menemui sebanyak 9,634 bungkus daging anak babi sejuk beku seberat 23,121 kg di dalam kontena tersebut dan tidak sama seperti yang dikrarkan di dalam Borang Kastam 1.
"Pengimportan komoditi sejuk beku ini adalah tertakluk kepada Butiran 1 (1) Jadual Ketiga Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenal Import) 2017 yang memerlukan permit import dengan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Veterinar," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika pemeriksaan, semua kotak berisi daging berkenaan tidak memiliki pelekat yang sah daripada MAQIS.
Menurutnya, daging anak babi tersebut diimport dari Vietnam dan dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 133 Akta Kastam 1967 iaitu membuat pengikraran yang salah dan memalsukan dokumen yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Abd Ghafar berkata, seorang lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan 40-an turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 14 2024
Abd Ghafar (dua, kanan) menunjukkan daging anak babi sejuk beku yang dirampas pihaknya di Pelabuhan Klang. - Gambar/ Astro AWANI
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
MCMC telah merakam percakapan ADUN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Kastam tumpas cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta
JKDM Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.