BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas satu kontena mengandungi pil ekstasi seberat 1,063.206 kilogram (kg) bernilai lebih RM78 juta yang dibawa masuk dari Eropah, di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT), Butterworth pada 6 Mei lepas.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas kontena itu di NBCT pada 9 pagi dan menahan seorang lelaki berumur 48 tahun yang merupakan ejen perkapalan.
"Hasil pemeriksaan ke atas kontena itu mendapati ia diisi dengan 20 unit pemampat udara atau 'silent compressor' dengan 14 daripadanya telah diubah suai ruang dalamannya untuk menyembunyikan bungkusan berisi pil ekstasi pelbagai warna.
"Nilai pasaran (pil ekstasi) dianggarkan lebih RM78 juta, rampasan tersebut merupakan kejayaan terbesar rampasan (melibatkan) dadah pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata baki kotak yang dibawa masuk ke dalam kontena itu memang benar mengandungi pemampat udara dan ia dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa yang memeriksa kontena berkenaan.
Zazuli berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pengimportan dadah secara besar-besaran itu.
Katanya berdasarkan siasatan, modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam pemampat udara dan membuat pengikraran import barang dagangan yang tidak tepat untuk mengaburi pihak berkuasa sebaik tiba di Malaysia.
"Berdasarkan siasatan awal, menerusi borang kastam 1 pengimport masih belum mengikrarkan barang yang dibawa masuk dalam kontena tersebut," katanya.
Menurutnya, lelaki yang ditahan itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pengimportan dadah secara besar-besaran itu. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Bincang isu kerjasama dua hala
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10.15 pagi.
[TERKINI] Majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia 2025
Ikuti majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Economy: KRI Report: Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia
Join Ibrahim Sani on The Economy as he hosts a special panel discussion with Gregory Ho, Research Associate at KRI, and Dr. Suraya Ismail, Director of Research at KRI. They delve into the latest KRI report, exploring the definitions and realities of the 'poor' and 'middle class' in Malaysia. Gain insights into the socio-economic landscape and policy implications for the nation's future.
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
“Tidak boleh bawa hal remeh yang boleh mengancam negara” - PM
Perdana Menteri bertegas mengambil peluang mengangkat martabat ekonomi negara dengan pengurusan ekonomi yang baik, meningkatkan usaha dan menjalinkan kerjasama.
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
Kastam rampas pil ekstasi bernilai lebih RM78 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas satu kontena mengandungi pil ekstasi seberat 1,063.206 kilogram bernilai lebih RM78 juta.