KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya memintas cubaan penyeludupan rokok di laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan rampasan bernilai RM1.6 juta.
Pengarah Kastam Negeri, Wan Apandi Wan Hassan berkata, hasil maklumat ampoma, pihaknya telah menahan sebuah lori di kilometer (KM) 220.5 LPT hala ke barat pada jam 9 pagi 20 Februari lalu.
Menurut Wan Apandi, pemandu lori yang menyedari kenderaannya diekori JKDM telah memberhentikan kenderaannya di tepi lebuh raya sebelum melarikan diri.
"Pemandu itu sedar kami mengekori lorinya dan terus melintas jalan menghilangkan diri.
"Dari pemeriksaan fizikal di tempat kejadian mendapati muatan yang dibawa adalah rokok disyaki barang larangan import," kata Wan Apandi.
"Rokok putih yang disyaki barang larangan import yang dirampas sebanyak 2,040,000 batang atau 102,000 karton ini dianggarkan bernilai RM163,200, dan jumlah duti atau cukai yang terlibat dianggarkan sebanyak RM1,362,720.
Nilai keseluruhan rampasan membabitkan sebuah lori dan rokok termasuk duti atau cukai adalah dianggarkan berjumlah RM1,580,920," kata Wan Apandi lagi.
Modus operandi sindiket ialah menggunakan lori 'bonded' dan bergerak aktif pada waktu malam hingga awal pagi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Wan Apandi berkata kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan pihaknya masih menyiasat sumber bekalan barangan seludup itu yang dipercayai untuk dipasarkan di Pantai Barat.
Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan menerusi talian bebas tol 1800-88-8855 atau di pejabat JKDM berdekatan.
Mohd Zalani Md Atan
Wed Mar 01 2023
Wan Apandi bersama rampasan rokok seludup dianggarkan bernilai RM1,362,720 termasuk duti dan cukai. -Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Kastam Pahang berjaya pintas cubaan seludup rokok bernilai RM1.36 juta
Nilai keseluruhan rampasan membabitkan sebuah lori dan rokok termasuk duti atau cukai adalah dianggarkan berjumlah RM1,580,920.
Cubaan seludup 74,900 bungkus rokok gagal, nilai rampasan dianggar RM1.13 juta
Pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori tangki tersebut menemui sebanyak 193 kotak berwarna coklat memenuhi ruang tangki lori tersebut.
Dua beranak jadi tokan dadah ditahan
Dua beranak ditahan selepas mendapati terlibat dalam sindiket pengedaran dadah sejak tiga tahun lalu.
Sindiket edar rokok seludup RM4.2 juta tumpas
Kesemua suspek ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah Mersing selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.