TAWAU:Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan rokok di Batu 21 Jalan Apas Balung, di sini, pada Rabu.
Bertindak atas maklumat risikan, Pasukan Batalion 14 PGA Tawau mengadakan pemantauan di Batu 13 Jalan Apas Tawau pada jam 7.20 pagi sebelum mengesan sebuah lori tangki minyak yang mencurigakan sedang dalam perjalanan ke daerah Semporna.
Pasukan PGA kemudian bertindak mengekori lori tersebut sejauh hampir 13 kilometer sebelum mengarahkan lori tersebut berhenti di tepi Jalan Batu 21 Jalan Apas Balung.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, DSP Abdul Halim Ahmad dalam satu kenyataan media semalam berkata pemeriksaan awal ke atas pemandu lelaki tempatan berumur 39 tahun itu tidak menemui barang salah pada dirinya.
"Pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori tangki tersebut menemui sebanyak 193 kotak berwarna coklat memenuhi ruang tangki lori tersebut.
"Setelah diperiksa didapati kotak-kotak tersebut berisi 74,900 bungkus rokok pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang tidak dibayar cukai yang cuba diedar untuk pasaran tempatan.
Pemandu lori tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama barang rampasan termasuk lori tangki minyak tersebut untuk siasatan lanjut.
"Nilai keseluruhan barang rampasan termasuk 74,900 bungkus rokok pelbagai jenama, sebuah lori tangki minyak dan sebuah telefon bimbit dianggarkan berjumlah RM1,137,860.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut Abdul Halim berkata pihaknya sentiasa bersedia mengesan apa jua taktik dan modus operandi pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha mengekang sebarang aktiviti jenayah dan penyeludupan yang berlaku di negeri ini.
Petrus Bernard
Sat Feb 13 2021
Pemandu lori yang ditahan bersama barang rampasan. -Astro AWANI
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Kastam Pahang berjaya pintas cubaan seludup rokok bernilai RM1.36 juta
Nilai keseluruhan rampasan membabitkan sebuah lori dan rokok termasuk duti atau cukai adalah dianggarkan berjumlah RM1,580,920.
Cubaan seludup 74,900 bungkus rokok gagal, nilai rampasan dianggar RM1.13 juta
Pemeriksaan lanjut ke atas muatan lori tangki tersebut menemui sebanyak 193 kotak berwarna coklat memenuhi ruang tangki lori tersebut.
Dua beranak jadi tokan dadah ditahan
Dua beranak ditahan selepas mendapati terlibat dalam sindiket pengedaran dadah sejak tiga tahun lalu.
Sindiket edar rokok seludup RM4.2 juta tumpas
Kesemua suspek ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah Mersing selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.